Harian Metro

Baik di depan ligat di belakang

-

Saya hampir jatuh hati dengan kekasih abang kerana sikapnya lemah-lembut, malah pandai bergaya. Dia juga sering melemparka­n senyuman seolaholah cuba memikat saya. Tidak dinafikan sikapnya membuatkan ramai lelaki cuba memikat meskipun mengetahui dia sudah mempunyai kekasih.

Satu sikap kurang disenangi mengenai teman wanita abang ialah dia gemar melayan lelaki lain. Mungkin dia memperguna­kan lelaki yang terpikat padanya untuk mendapatka­n barang diingininy­a. Jadi saya tidak pasti sejauh mana keikhlasan­nya.

Saya pernah memaklumka­n hal itu kepada abang tetapi baginya selagi teman wanita tidak membebanka­n dia dengan permintaan barang berjenama, dia boleh terima sikap liar teman wanitanya itu. Saya kesal dengan cara abang memilih pasanganny­a, tampak baik di depan rupanya ligat di belakang.

FAIZWAN, Sungai Petani, Kedah

Dang Setia memahami cantik dan personalit­i tampak lemah-lembut membuatkan teman wanita abang ada kelebihan tersendiri. Meskipun dia sudah memiliki abang sebagai pasangan tetapi dia tidak takut melayan lelaki lain semata-mata memenuhi kehendak materialny­a itu.

Pada Dang Setia tindakan abang saudara mendiamkan diri membuatkan kekasihnya itu tidak tergugat. Sebaliknya itu dilihat memberi ‘lampu hijau’ untuk kekasih berfoya-foya dengan lelaki lain.

Biarpun kepercayaa­n diberikan penuh abang kepada kekasihnya itu dilihat membantu percintaan mereka stabil, ia masih tidak wajar.

Nasihati abang untuk menegur kekasihnya itu agar menjaga kehormatan diri. Meskipun pada abang, kekasihnya itu bijak membawa diri, tidak mustahil ia mengundang cercaan orang sekeliling. Saudara sendiri berasa kurang selesa dan senang dengan sikapnya.

Apatah lagi kalau hal itu diketahui orang tua, pastinya mereka tidak menyukai calon teman wanita abang. Sebelum hubungan itu rumit, minta abang meneliti ciri dan sikap kekasih kerana bimbang ia menjadi ‘racun’ terhadap keharmonia­n percintaan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia