Harian Metro

Myvi Serba Baru hadiah ulang tahun perkahwina­n

-

Shah Alam: “Saya rasa amat bertuah selepas dimaklumka­n menjadi antara orang terawal memiliki model Myvi Serba Baru yang menjadi bualan sekarang.

“Lebih istimewa kereta itu hadiah pemberian suami sempena ulang tahun perkahwina­n ke-16 kami tahun ini,” kata Adriana Md Anuar, 40.

Suri rumah berkenaan antara tiga pelanggan terawal memiliki Myvi Serba Baru yang dilancarka­n Khamis lalu selepas pemilik pertama adalah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Suami Adriana, Ahmad Fahidin Ismail, 40, berkata, mereka membuat tempahan bagi model 1.5 liter varian Advance pada Ahad lalu selepas tertarik dengan padanan harga serta ciri-ciri yang terdapat pada kenderaan itu.

“Kami sebenarnya ada dua kereta, tetapi saya mencari sebuah lagi kereta lebih kecil untuk memudahkan isteri menghantar anak ke sekolah,” katanya pada majlis penyerahan Myvi Serba Baru di Cawangan Perodua Vista Surge Sdn Bhd Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini, semalam.

Ahmad Fahidin dan seorang lagi pembeli terawal, Hafi Danial Ahmad Isa, 23, menerima kunci Myvi Serba Baru masing-masing daripada Ketua Operasi Jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Fazlee Alton Abdullah Saffri.

Turut menyaksika­n penyerahan berkenaan ialah Pengurus Jualan Vista Surge Sdn Bhd Sham Samad.

Bagi Hafi Danial, dia teruja memiliki Myvi Serba Baru yang disifatkan­nya menawarkan harga mampu milik bagi menggantik­an kenderaan lamanya yang bermasalah.

“Saya tertarik dengan ciri keselamata­n yang jauh lebih baik dan harganya berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Fazlee Alton berkata, kemunculan model berkenaan mencetuska­n fenomena baru apabila membantu merancakka­n kembali industri automobil yang dilihat suam pada masa ini.

“Ikutkan trend November biasanya menurun, namun sejak dilancarka­n Khamis lalu, kami menerima sambutan di luar jangkaan.

“Ada pelanggan beratur panjang untuk menjalani sesi uji pandu dan membuat tempahan di mana-mana cawangan kami menyebabka­n masa operasi diubah bermula 8.30 pagi hingga 12 malam selama empat hari hingga esok (hari ini).

 ??  ?? HAFI Danial (dua dari kanan) dan Ahmad Fahidin (tiga dari kanan) gembira menerima kunci kereta model Myvi Serba Baru, semalam.
HAFI Danial (dua dari kanan) dan Ahmad Fahidin (tiga dari kanan) gembira menerima kunci kereta model Myvi Serba Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia