Harian Metro

CARI NOMBOR 9

- Agensi

 Lelaki paling banyak berkahwin bakal dapat isteri baru

Seorang lelaki yang dianggap sebagai lelaki paling banyak berkahwin kini mencari calon isteri nombor sembilan selepas berpisah dengan tunangnya.

Ron Sheppard, 69, mendakwa ramai wanita menawarkan diri untuk menjadi isterinya selepas kisahnya ditinggalk­an tunang tular di Internet.

Tunang Ron, Cristel Lalec yang berusia 29 tahun keluar dari rumah yang dikongsi mereka pada minggu lalu.

Bagaimanap­un, Ron berkata, sejak itu sekurang-kurangnya 10 wanita termasuk di Amerika Syarikat, Vietnam, Ghana dan Australia menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.

Ron yang sering membuat persembaha­n dengan meniru gaya artis dan individu terkenal yakin semua wanita berkenaan terpikat dengan bakatnya itu.

“Saya mungkin akan mendapat isteri kesembilan tidak lama lagi.

“Saya tidak faham apa yang mereka lihat pada saya mungkin sifat dalam diri saya atau kisah saya yang tular itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga sering dihubungi dan mendapat mesej daripada ramai peminat wanita.

“Ia menakjubka­n. Saya menerima puluhan mesej dan ramai yang mengikuti saya dalam media sosial.

“Sejak Cristel pergi, saya menerima banyak mesej termasuk dari Ghana,” jelasnya.

Ron kali pertama berkahwin pada 1966 dan mempunyai tiga anak sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Tempoh perkahwina­n Ron paling lama bertahan selama 13 tahun dan paling singkat adalah 10 bulan.

 ??  ?? RON bersama bekas tunangnya, Cristel sebelum dia ditinggalk­an wanita itu. - Agensi
RON bersama bekas tunangnya, Cristel sebelum dia ditinggalk­an wanita itu. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia