Harian Metro

BERJAYA SAMBUNG

Kumpulan pakar lakukan pemindahan kepala pertama pada mayat

- Agensi

Seorang profesor kontrovers­i dari Itali, Sergio Canavero mendakwa pemindahan kepala manusia pertama berjaya dilakukan pada satu mayat di China.

Katanya, dalam pembedahan selama 18 jam itu, pakar mendapati tidak mustahil untuk menyambung semula tulang belakang, saraf dan saluran darah pada kepala yang dipotong.

“Pembedahan sama terhadap manusia yang masih hidup akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Pengarah Kumpulan Neuromodul­asi Termaju Turin itu mencetuska­n kontrovers­i selepas mendedahka­n pasukannya membuat penyelidik­an untuk membuat pemindahan kepala manusia ke badan yang lain.

Prosedur itu dilakukan oleh satu pasukan diketuai Dr Xiaoping Ren yang pada tahun lalu memindahka­n kepala pada badan monyet.

“Kertas laporan pembedahan ini akan disiarkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Semua orang berkata, ia adalah mustahil tetapi pembedahan ini berjaya,” tegasnya.

Pengarah Kumpulan Neuromodul­asi Termaju Turin itu mencetuska­n kontrovers­i selepas mendedahka­n pasukannya membuat penyelidik­an untuk membuat pemindahan kepala manusia ke badan yang lain.

Menurutnya, langkah seterusnya pasukan itu adalah melakukan penukaran kepala terhadap dua penderma yang mengalami mati otak.

Seorang lelaki Russia, Valery Spiridonov yang lumpuh seluruh anggota badan menawarkan diri untuk memindahka­n kepalanya ke badan yang lain.

“Langkah terakhir untuk pemindahan kepala secara rasmi bagi satu keadaan perubatan akan dilakukan,” jelasnya.

 ??  ?? VALERY Spiridonov mahu menjadi individu pertama menjalani pembedahan
pemindahan kepala. - Agensi
VALERY Spiridonov mahu menjadi individu pertama menjalani pembedahan pemindahan kepala. - Agensi
 ??  ?? SERGIO Canavero
SERGIO Canavero

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia