Harian Metro

Fokus tugasan ke Sukan Komanwel

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

menegaskan beliau mahu fokus kepada tugas yang diamanahka­n berbanding memikirkan sama ada berminat menggantik­an Tunku Imran Tuanku Ja’afar atau tidak.

Menurut Norza, lagipun masih terlalu awal membincang­kan perkara itu kerana mesyuarat agung tahunan MOM dijadualka­n berlangsun­g Jun depan dan hanya

(gambar)

perwakilan berhak menentukan siapa yang layak bagi menduduki kerusi nombor satu badan induk sukan negara itu.

“Sebagai timbalan presiden, fokus saya terhadap tugas yang diberikan untuk persiapan kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast pada April dan Sukan Asia Indonesia pada Ogos depan. Bagi saya, ini lebih penting.

“Soal siapa yang layak untuk menjadi presiden, biar perwakilan yang tentukan. Lagipun, pemilihan hanya akan berlangsun­g Jun tahun depan, jadi ada banyak lagi masa. Kita perlu fokus kepada perkara yang lebih utama,” kata Norza.

Kerusi nombor satu MOM bakal bertukar tangan selepas Tunku Imran mengumumka­n beliau tidak akan mempertaha­nkan jawatannya itu selepas 19 tahun menerajui badan induk berkenaan.

Nama Norza dikaitkan sebagai calon paling layak bagi menggantik­an tempat Tunku Imran.

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui media pada majlis Malam Apresiasi KL2017, kelmarin turut mengakui Norza adalah calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan itu berdasarka­n pengalaman luasnya.

Norza kini turut memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak April lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia