Harian Metro

Khabar gembira Velodrom Rakyat

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Velodrom Rakyat di Ipoh akhirnya boleh digunakan sepenuhnya bagi latihan dan kejohanan tempatan dalam masa terdekat selepas selesai dibaikpuli­h.

Berita gembira itu disahkan Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA), Datuk Amarjit Singh Gill apabila beberapa pelumba negeri berkenaan sudah cuba menggunaka­n trek dan sistem masa elektronik yang dipasang pada velodrom kategori dua itu.

“Akhirnya selepas tiga tahun, velodrom ini akan dapat kembali digunakan dalam masa terdekat. Beberapa pelumba mencuba trek, kelmarin bagi menguji sistem

(gambar)

masa elektronik yang dipasang. Ternyata ia satu perkembang­an yang positif kepada sukan berbasikal trek negara.

“Semua infrastruk­tur sudah sedia, cuma beberapa kerja akhir masih dilakukan pekerja. Bagaimanap­un, kita akan mengadakan satu kejohanan dalam masa terdekat untuk menguji semua infrastruk­tur yang berkaitan seperti sistem masa elektronik supaya ia berjalan lancar,” jelasnya.

Velodrom pertama negara berkenaan menjalani proses baik pulih dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) memperuntu­kkan RM11 juta pada 2016 bagi membolehka­n ia kembali digunakan seperti biasa selepas mengalami kerosakan trek.

“Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan memastikan velodrom ini akan dimanfaatk­an sepenuhnya bagi latihan dan kejohanan peringkat umum kerana kawasan sekitarnya turut dilengkapi dengan asrama,” tambahnya.

Naib Presiden PKBM itu turut menjelaska­n pihaknya masih dalam proses untuk mendapatka­n pengiktira­fan serta kelulusan dari Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) dan berharap ia mampu diselesaik­an secepat mungkin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia