Harian Metro

LALUAN GETIR

- AFP

 Goffin cari formula tumbangkan Federer

di separuh akhir ATP

David Goffin menumbangk­an rakan baiknya Dominic Thiem 6-4, 6-1 untuk mara ke separuh akhir Pusingan Akhir ATP awal pagi semalam namun berdepan cabaran sukar apabila bertemu Roger Federer.

Pemain dari Belgium yang tewas pada aksi ‘round-robin’ di tangan juara kumpulan, Grigor Dimitrov itu gagal bermula dengan baik apabila tewas tiga mata pertama, sebelum bangkit untuk meraih kemenangan dalam tempoh 71 minit.

“Sukar untuk beraksi menentang Dominic kerana dia rakan baik saya. Tidak mudah untuk bertemu rakan sendiri,” kata Goffin yang menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal pada perlawanan pembukaan.

“Saya menghabisk­an banyak tenaga ketika menentang Rafael, jadi saya tidak bersedia ketika bertemu Grigor. Saya mendapat rehat secukupnya untuk aksi hari ini dan saya harap dapat melakukan perkara sama untuk aksi separuh akhir.”

Goffin yang juga pilihan ketujuh mengakui Federer akan menjadi lawan yang

(gambar)

begitu sukar untuknya, namun menegaskan dia ‘tidak rugi apa-apa.’

Goffin merebut slot terakhir ke separuh akhir selepas Federer, Dimitrov dan Jack Sock sudah terlebih dulu mara ke separuh akhir.

Terdahulu dalam aksi Kumpulan Pete Sampras menyaksika­n Dimitrov membenam Pablo Carreno Busta 6-1, 6-1.

Federer mengunggul­i Kumpulan Boris Becker dengan Sock di tangga kedua yang menyaksika­n pemain Amerika Syarikat itu bertemu Dimitrov pada separuh akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia