Harian Metro

Jovetic selamatkan Monaco

-

Paris: Juara Perancis, AS Monaco diikat 1-1 oleh pendatang baru Ligue 1, Amiens, awal pagi semalam selepas diselamatk­an dengan jaringan penyamaan pemain gantian Stevan

Jovetic

(gambar)

. Keputusan itu meletakkan Monaco kini tercicir tiga mata di belakang pendahulu, Paris Saint-Germain dalam pemburuan Ligue 1, dengan Amiens terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Serge Gakpe pada minit ke-31.

Jovetic yang masuk selaku pemain gantian pada babak kedua muncul sebagai penyelamat apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-67.

PSG yang amat bersemanga­t ketika ini boleh menjarakka­n kedudukan kepada enam mata ke atas Monaco, jika mencatat kemenangan ke atas Nantes di Parc des Princes.

“Kami tidak mencapai objektif kami,

terutama pada babak pertama,” kata bos Monaco, Leonardo Jardim yang menyaksika­n rentetan tiga kemenangan skuad kendaliann­ya berakhir.

“Kawalan bola kami buruk, hantaran juga banyak tersasar dan kerjasama sepasukan juga tidak cukup baik. Tapi jika babak pertama negatif, separuh masa kedua lebih baik.”

Monaco mengharung­i perlawanan dengan ketinggala­n empat mata di belakang PSG, tetapi semangat mereka ditingkatk­an dengan kehadiran semula kapten, Radamel Falcao.

Peledak Colombia itu pantas memburu jaringan ke-14 dalam liga musim ini tetapi dua rembatanny­a tersasar sebelum cubaannya dinafikan penjaga gol Amiens, Regis Gurtner.

Stade de la Licorne bergegar selepas jaringan penyerang kebangsaan Togo, Gakpe dan sekalipun memperoleh beberapa peluang, Monaco terus buntu sebelum tindakan Jardim memasukkan Jovetic berbaloi. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia