Harian Metro

Licik sungguh cari peluang

-

Persaingan sengit industri hiburan tanah air membuatkan anak seni perlu bijak mencari peluang.

Berbicara mengenai peluang ini, Cik Pang dimaklumka­n seorang pelakon sanggup menjalin cinta dengan pengarah berusia. Alasannya, dengan terjalinny­a hubungan itu, dia akan dapat banyak tawaran berlakon.

Dalam erti kata lain, setiap projek membabitka­n pengarah itu sudah pasti pelakon terbabit menjadi pilihan pertama.

Cik Pang yang mendengar cerita itu daripada seorang teman hanya mampu mengurut dada. Bukan apa, mudah sangat pelakon itu membuat percaturan untuk terus bertahan dalam karier seni diceburi.

Apatah lagi, kalau diukur dari segi pengalaman pelakon itu, dia masih terlalu mentah dan lakonannya masih banyak kelemahan. Apapun, jalinan kasih pelakon itu tidak bertepuk sebelah tangan kerana pengarah terbabit juga memang menaruh hati padanya.

Bagi pengarah itu, pada matanya kini hanya pelakon terbabit yang berkaliber meskipun ada pelakon lain lebih bagus.

Malah, kata teman Cik Pang lagi, pengarah itu pun tidak malu mencanang hubungan istimewa mereka.

Hinggakan segala urusan berkaitan karier pelakon itu juga khabarnya, perlu mendapat pertimbang­an khusus si pengarah. peminat.

Malah, selain kehebatan dan kemantapan vokal Liza

Hanim, sebenarnya Cik Pang juga meletak harapan tinggi terhadap Haida.

Doa Cik Pang, semoga Haida berjaya. Begitu juga peserta lain kerana vokal dan persembaha­n mereka sememangny­a mantap.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia