Harian Metro

Menyentuh hati

-

FILEM:

ARAHAN: PELAKON: memahami kisah kali ini.

Menariknya, The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget cuba merapatkan jurang antara generasi lama dan baru dengan lebih sentimenta­l.

Fokus kali ini pada watak datuk yang berdepan dengan masalah amnesia. Bukan saja berdepan dengan isu itu, dia juga terpaksa berpindah ke tempat lain.

Disebabkan faktor usia, kesihatan dan lokasi, dia tidak ingat detik-detik indah yang pernah dilaluinya dulu.

Malang, anaknya tidak tahu masalah dihadapi bapanya dan beranggapa­n ia perkara biasa. Sehinggala­h perkara itu disedari cucunya sendiri, Sara.

Pada babak-babak inilah penonton mula disajikan dengan drama sedih sehingga mengalirka­n air mata.

Paling diingati babak

Sara cuba membantu datuknya untuk mengingati kembali memori melalui rakaman video dengan dibantu rakannya.

Pelbagai usaha dilakukan Sara membuatkan penonton terharu dan berjaya memutikkan sisi sentimenta­l.

Aspek lakonan, Tan Qin Lin (sebagai Sara) semakin matang dalam meluahkan emosi. Pelakon cilik itu dilihat lebih bersahaja berbanding rendisi lalu yang seolah-olah cuba mencari rentak.

Begitu juga watak lain yang berjaya mengemudi situasi dengan baik. Terutama apabila cuba menghubung­kan elemen komedi dan drama secara seimbang.

Skor lagu juga lebih mendalam dan bersifat menyentuh hati. Ditambah pula dengan set filem yang lebih tradisi dan moden seiring dengan penceritaa­n dua generasi, sekali gus membuatkan filem ini lebih indah.

Jika anda peminat filem drama keluarga yang penuh emosi dan komedi ringan, The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget pilihan terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia