Harian Metro

Idris Khan rai peminat

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Hampir 50 daripada pelbagai latar belakang hadir memeriahka­n acara

Tanpa peminat, kembara seni pelakon atau penyanyi pasti sunyi. Sokongan tidak berbelah bahagi peminat menjadi pemangkin semangat dan ubat paling mujarab buat anak seni terutama jika dilambung dugaan.

Oleh itu, golongan ini wajar diraikan sebagai tanda penghargaa­n. Ruangan Rias dan Relaks minggu ini memaparkan detik manis pelakon dan model kacak Idris Khan bersama pengikut setianya.

Ditemui pada pelancaran kelab peminatnya yang dikenali The Khan’s

Empire pada 11 November lalu, Idris terharu dengan kesungguha­n yang ditunjukka­n penyokongn­ya.

“Ada yang datang dari Sabah, Johor, Kedah dan Pahang. Bagi saya, mereka sangat hebat.

“Kami tidak pernah berkumpul seperti ini. Kalau pun ada, bertemu ketika acara hiburan. Saya akan kongsi mengenai kehadiran saya pada acara tertentu menerusi laman sosial dan mereka akan datang,” katanya.

Pelakon itu mengakui ada ramai peminat sejak tiga tahun lalu, namun mereka jarang bertemu berikutan kekangan masa.

Mengulas lanjut acara itu, Idris berkata, ia diuruskan sepenuhnya

The Khan’s Empire. Untuk acara ini, mereka mengambil masa sebulan menyusun jemputan dan pengisian program.

“Kali pertama berlakon, sudah ada yang membentuk kelab peminat tetapi sering bertukar pengurusan.

“Akhirnya, ada seorang yang memang kekal dari awal lalu saya serahkan kepadanya untuk mengurus kelab.

“Syukur, walaupun sudah tiga tahun kelab ini semakin kukuh dan menampakka­n kejayaan tersendiri,” katanya.

Hampir 50 peminat daripada pelbagai latar belakang hadir memeriahka­n acara itu. Selain berkenalan, mereka bermain pelbagai permainan bersama artis kesayangan.

Idris merancang mengadakan sesi bertemu peminat dengan mengadakan aktiviti sihat selepas ini. Antaranya, membawa mereka mendaki gunung atau bersenam.

Katanya, mereka sering bertanya apa bentuk aktiviti yang mahu dilakukan bersama. Malangnya, tiada perancanga­n rapi dapat dilakukan seblum ini.

Apabila melihat sambutan menggalakk­an

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia