Harian Metro

Rakaman pencapaian hebat rakyat Malaysia

-

adalah pelajar kejururawa­tan di Bangalore, India. Dia bercadang mencari pekerjaan di Kanada. Dia berjumpa Varun yang bekerja di syarikat yang bertindak sebagai agensi pekerjaan di luar negara. Mereka jatuh cinta kemudian tinggal bersama. Suatu hari, Malini dan Varun berseronok di sebuah kelab malam. Seorang lelaki tiba-tiba mengganggu Malini. Varun memukul lelaki itu. Lelaki berkenaan kemudian cuba membalas dendam. Bimbang keselamata­n dirinya,

Varun bersembuny­i di suatu tempat dengan bantuan Prakash. Dia kemudian pergi ke rumah Varun untuk memaklumka­n Malini mengenai situasi berkenaan namun perkara yang tidak diingini terjadi.

Pelakon: Nithya Menon, Krish J Sathaar dan Naresh. Memaparkan kecemerlan­gan rakyat Malaysia mencipta dan memecahkan rekod dalam pelbagai bidang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program baru berjudul The Malaysia Book Of Records.

Program siaran TV1 setiap Isnin hingga Rabu, jam 11.30 malam ini menampilka­n Farish Aziz sebagai hos.

Rancangan televisyen ini memaparkan rakaman penciptaan rekod mengagumka­n rakyat Malaysia dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Antara perkongsia­n menarik adalah pengiktira­fan diberikan kepada pemuzik Malaysia, Datuk Mokhzani Ismail.

Dia mencatatka­n rekod sebagai duta muzik pertama untuk Jenama Piano Antarabang­sa. Selain itu, Mokhzani juga diiktiraf sebagai pemain piano Malaysia pertama membuat persembaha­n di Tembok Besar Cina.

Segmen kedua memaparkan rekod Persatuan Pandu Puteri Malaysia berjaya membina rantaian patung buatan tangan terpanjang pada 4 Mac lalu di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Seterusnya, program ini akan menunjukka­n pencapaian Badan

Amal Kasih Ibu yang menganjurk­an konvoi basikal wanita terbesar dengan penyertaan 11,412 peserta. Aktiviti itu dijayakan pada 11 Mac lalu di Putrajaya sempena Hari Wanita Sedunia 2017.

Penonton juga dapat menyaksika­n penciptaan reka bentuk logo terbesar oleh kelab permotoran menggunaka­n ratusan kereta daripada satu model khusus. Turut diselitkan rakaman pembinaan pokok krismas terbesar di Malaysia bertempat di pusat beli-belah Times Square.

Turut menarik perhatian adalah penciptaan tiga rekod negara iaitu Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Sukan Berhalang, Kubung Terbang Terpanjang dan Landskap Terbesar Bertemakan Krismas diperbuat daripada belon.

Ikuti juga pengiktira­fan diberikan kerana pencapaian tiga rekod baru iaitu Pengumpula­n Spesimen Cengkerik Paling Banyak di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina

Yuk Chai, Petaling Jaya, Pembinaan Replika Monyet Paling Banyak Dibuat daripada lego di Legoland Malaysia dan Penghasila­n Kad Ucapan Hari Guru Terpanjang oleh Sekolah Presint 8(1) Putrajaya.

 ??  ?? MOKHZANI
MOKHZANI
 ??  ?? KONVOI berbasikal wanita terbesar.
KONVOI berbasikal wanita terbesar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia