Harian Metro

Esther seronok jadi Wanida

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Meskipun baru berusia 23 tahun, nama Esther Supreeleel­a di persada seni Thailand sangat gah.

Gadis jelita ini menjadi perhatian peminat selepas membintang­i beberapa drama yang berjaya melonjakka­n namanya.

Bahkan, Esther juga pernah berkunjung ke negara ini pada Mei lalu sempena promosi drama U-Prince: Handsome Cowboy yang dibintangi.

Apa pun, kini di Thailand nama Esther sekali lagi menjadi fenomena menerusi drama bersiri You Are My Destiny.

Drama menggandin­gkan

Esther dan Bie Sukrit sebagai bintang utama itu diadaptasi daripada drama popular Taiwan pada 2008, Fated To Love You lakonan Joe Chen dan Ethan Juan.

Apapun, di sebalik populariti dikecapi perjalanan kehidupan peribadi Esther juga menjadi perhatian.

Ini kerana Esther dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon kacak Ken Phupoom, 26.

Tidak ambil pusing kisah itu, tumpuan Esther hanya pada drama You Are My Destiny.

Dalam satu temu bual, Esther teruja berbicara mengenai drama itu.

Menurut Esther dia seronok melakonkan watak Wanida, gadis naif yang terpaksa menanggung malu kerana ditipu teman lelaki.

“Wanida sangat mudah mempercaya­i orang apatah lagi teman lelakinya hinggakan dia terlupa niat sebenar jejaka itu.

“Selepas ditipu, Wanida bertemu pula dengan seorang ahli perniagaan, Phawut ketika mengikuti pelayaran kapal,” katanya.

Esther berkata, kekuatan drama You Are My Destiny adalah pada jalan cerita yang banyak bermain dengan emosi.

“Drama ini menarik kerana menjurus pada percintaan yang menuntut pengorbana­n Wanida terhadap Phawut.

“Phawut dan Wanida terpaksa berkahwin kerana permintaan keluarga walau pun mereka ada kekasih.

“Malah, pada awal perkahwina­n Phawut tidak boleh menerima kehadiran Wanida hingga sanggup membuat perjanjian,” katanya.

Ujar Esther, dia banyak bermain emosi pada pertengaha­n drama itu dan ia sangat mencabar.

“Saya perlu banyak menangis dalam drama ini kerana cinta Wanida dipermaink­an dan tidak berbalas.

“Ternyata, ia sangat menyakitka­n dan meninggalk­an parut di hati Wanida. Apapun saya gembira dapat menjayakan watak ini dengan baik,” katanya.

Esther berkata, pada mulanya dia bimbang sekiranya tidak dapat mewujudkan keserasian dengan Bie Sukrit.

“Bie pelakon yang hebat dan berpengala­man. Jika dibandingk­an dengan saya, wujud jurang yang sangat jauh.

“Mujur dia sangat membantu di lokasi dan sikapnya yang mesra memudahkan kerja kami. Malah tidak mengambil masa yang lama untuk kami serasi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia