Harian Metro

Riadah sambil BERAMAL

- Asmidar Zainol metahad@hmetro.com.my

Peluang mendapatka­n saringan kesihatan tidak dilepaskan penduduk Kampung Ovai, Papar pada Isnin lalu daripada pasukan medik Kelab Pacuan Empat Roda

UMS yang dibawa khas sempena program ekspedisi lasak Borneo Safari Internatio­nal Offroad Challenge 2017 (Borneo Safari 2017) kali ke-27.

Seorang pesakit, Alylisa Ollumiss Asmin, 8, mengalami muntah serta sakit kepala dibawa ibu bapanya untuk mendapatka­n pemeriksaa­n daripada pasukan berkenaan.

Menurut ibunya, Lia Kunsarang, 43, hampir saja dia membawa anaknya ke Papar bagi mendapatka­n rawatan tetapi menukar hasratnya selepas mendapat maklumat berkenaan saringan kesihatan itu.

“Doktor memaklumka­n, anak saya tidak mengalami masalah serius. Kami dibekalkan dengan garam rehidrasi untuk mengantika­n cecair yang keluar daripada badannya. Semestinya perkhidmat­an ini dapat meringanka­n bebanan kewangan kami dan menjimatka­n masa untuk ke bandar serta menunggu giliran di hospital.

“Di samping itu, kami mengambil peluang melihat pelbagai kenderaan yang menyertai Borneo Safari 2017 dan merasai suasana meriah di sini,” katanya.

Presiden Kelab Sukarelawa­n Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Shahril

Yusof berkata, Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) itu dilaksanak­an sejak tiga tahun lalu.

“Kelab kami bersama Borneo Safari sejak 2014, cuma bermula tiga tahun lalu kami melaksanak­an program saringan kesihatan kepada penduduk kampung di setiap destinasi dilalui ekspedisi Borneo Safari.

“Pasukan kami disertai 30 sukarelawa­n terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan, pakar telinga, hidung dan

 ??  ?? DR Shahril (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama petugas di ekspedisi.
DR Shahril (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama petugas di ekspedisi.
 ??  ?? ANTARA kecederaan dirawat doktor sukarelawa­n
ekspedisi berkenaan.
ANTARA kecederaan dirawat doktor sukarelawa­n ekspedisi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia