Harian Metro

Bukti kemampuan UTEM

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Melewati jalan kampung yang mempunyai laluan sempit dan struktur jalan berbukit ketika mengelilin­gi Melaka sejauh 85 kilometer (km) menambah getir peserta Varsiti Cycling Challenge (VCC) 2017.

Dalam perlumbaan sama, ada juga kategori Lebuhraya 45km ditawarkan khusus untuk pelumba wanita terbuka, institusi pengajian tinggi (IPT) dan VIP.

Namun begitu tiada halangan buat wanita menyertai acara 85km. Meskipun penganjura­n awal bertujuan menyerlahk­an bakat muda menerusi sukan berbasikal terutama peserta IPT, namun perlumbaan ini juga menzahirka­n kemampuan tuan rumah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dalam penganjura­n acara basikal peringkat nasional.

Selain UTEM, Kementeria­n Pendidikan Tinggi selaku penganjur bersama dalam acara itu juga menawarkan hadiah untuk lima pemenang terbaik dalam 10 kategori dipertandi­ngkan.

Pengarah Program VCC 2017 yang juga Pegawai Be lia dan Sukan Kanan UTEM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi berkata, acara itu yang masuk tahun ketiga turut mendapat perhatian pelumba ternama tempatan selain kelibat peserta antarabang­sa.

“Bagi pertanding­an kali ini, penyertaan meningkat hampir sekali ganda yang mana kalau sebelum ini iaitu VCC 2016 yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa F1 Sepang mendapat penyertaan 307 peminat sukan berbasikal daripada 39 institusi termasuk 17 sekolah.

“Untuk tahun ini kita mendapat penyertaan hampir sekali ganda iaitu 574 peserta daripada 43 agensi. Penyertaan dalam kalangan institusi pengajian tinggi amat menggalakk­an iaitu dengan 30 daripadany­a ialah universiti serta kolej seluruh negara.

“Lebih menarik ialah penyertaan 17 peserta dari Asia Tenggara iaitu Singapura, Brunei dan Filipina,” katanya.

Tambah Azwad lagi perlumbaan itu bermula dan berakhir di UTEM menyaksika­n peserta melalui 13 jalan merentasi lima daerah iaitu Alor Gajah, Batang Melaka, Selandar, Jasin dan Durian Tunggal. Turut mengambil bahagian dalam VCC edisi 2017, Naib Canselor UTEM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib bersama 29 peserta lain bagi kategori VIP.

 ??  ?? PESERTA kategori 85km memulakan
kayuhan.
PESERTA kategori 85km memulakan kayuhan.
 ??  ?? BARISAN pemenang VCC 2017.
BARISAN pemenang VCC 2017.
 ??  ?? HILANGKAN dahaga sebelum perlumbaan.
HILANGKAN dahaga sebelum perlumbaan.
 ??  ?? PERIKSA basikal sebelum memulakan perlumbaan.
PERIKSA basikal sebelum memulakan perlumbaan.
 ??  ?? AKSI Dr Shahrin (dua dari kanan) dirakam lensa VCC 2017.
AKSI Dr Shahrin (dua dari kanan) dirakam lensa VCC 2017.
 ??  ?? ANTARA yang menyertai kategori 85km dilepaskan.
ANTARA yang menyertai kategori 85km dilepaskan.
 ??  ?? PEKARANGAN Pusat Sukan UTEM dipenuhi peserta.
PEKARANGAN Pusat Sukan UTEM dipenuhi peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia