Harian Metro

Kembara guna

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayah@hmetro.com.my

Keluarga Rodiah jelajah banyak tempat peranginan dengan ‘hotel bergerak’

Siapa sangka, bermula sekadar van pasar malam, pasangan suami isteri Rodiah Rahmat dan

Salleh Ismail sanggup membuat ‘transforma­si’ menjadikan­nya sebuah caravan untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Semua disebabkan minat mendalam terhadap aktiviti luar mereka sekeluarga termasuk empat anaknya. Mula serius sejak dua tahun lalu, kini caravan mereka dilengkapi dapur, kelengkapa­n mandian, set televisyen, tempat duduk ditukar kepada kerusi baring dan sebagainya.

Menurut Rodiah, suami serta empat anaknya banyak memberi dorongan terhadap hobi barunya. Asalnya hanya suami serta anakanak yang meminati aktiviti berkenaan.

“Lama-kelamaan saya turut ‘berjangkit’ dengan aktiviti mereka. Setakat ini kami hanya mempunyai satu caravan, namun kami merancang untuk membeli sebuah caravan lebih selesa tahun depan. Setakat ini kami banyak membuat aktiviti dalam Malaysia sahaja.

“Itu belum menjelajah seluruh negara. Buat masa ini kami banyak beriadah di kawasan pantai dan sungai.

“Antara tempat sudah dijelajah ialah Pantai Kemasik, Terengganu; Sungai Congkak, Ulu Langat; Janda Baik; Kuala Linggi; Port Dickson dan tahun depan kami merancang untuk ke Thailand,” katanya.

Mengenai perbezaan caravan dengan van biasa, Rodiah berkata, caravan mempunyai hampir semua kelengkapa­n asas seperti di dalam rumah termasuk tandas.

“Ia juga boleh diibaratka­n sebagai ‘hotel bergerak’. Manakala van pula hanya kenderaan biasa dan memiliki keluasan terhad apatah lagi jika memiliki keluarga besar,” katanya.

Meskipun masih baru di Malaysia, caravan mempunyai peminat tersendiri khususnya kepada mereka yang ‘kaki jalan’.

Rodiah menjelaska­n, antara faktor menyebabka­n caravan kurang diminati di negara ini ialah cuaca serta tiada tempat meletak kenderaan caravan serta kos yang mahal.

“Berbeza di New Zealand, negara itu menyediaka­n tempat parkir khas untuk caravan. Mereka turut menyediaka­n tapak di kawasan rekreasi khusus untuk caravan serta kemudahan lain.

“Disebabkan kos yang mahal juga membuatkan kami menjadi ‘kreatif’ dengan mereka sendiri caravan kami.

“Selain itu, aktiviti begini juga mampu mengeratka­n hubungan kekeluarga­an antara kami terutama selepas seharian bekerja dan anak-anak pula bersekolah.

“Waktu inilah digunakan sebaikbaik­nya untuk bertukar pendapat dan bercerita antara kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Rodiah Rahmat UMUR: 42 tahun
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
SUAMI: Salleh Ismail ANAK: Nur Farhana (22), Nurul Farhani (19), Nur Farhan (11) dan Muhammad Farhad (3). PEMANDANGA­N luar caravan...
PROFIL NAMA: Rodiah Rahmat UMUR: 42 tahun ASAL: Seremban, Negeri Sembilan PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SUAMI: Salleh Ismail ANAK: Nur Farhana (22), Nurul Farhani (19), Nur Farhan (11) dan Muhammad Farhad (3). PEMANDANGA­N luar caravan...
 ??  ?? BERSAMA suami dan anak.
BERSAMA suami dan anak.
 ??  ?? RODIAH di luar caravan miliknya bersama suami.
RODIAH di luar caravan miliknya bersama suami.
 ??  ?? SALLEH
SALLEH
 ??  ?? RODIAH
RODIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia