Harian Metro

Pencarian bakat baru cub prix

-

Siapa yang tidak mengenali pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah atau The Pescao? Beliau adalah pelumba Moto GP tempatan paling berjaya selepas Shahrol Yuzy yang bersara daripada arena perlumbaan pada 2002.

Kini, peluang mengikut jejak langkah mereka terbuka apabila Safe Aim Mutual Sdn Bhd membuka pendaftara­n bagi sesi pemilihan pelumba Kategori Satu Pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim 2018, seterusnya bergelar pelumba motosikal profesiona­l.

Seperti musim lalu, perlumbaan dianjurkan bersama Boon Siew Honda dan Hong Leong Yamaha dilihat berupaya melahirkan pelumba tempatan berbakat khususnya daripada peringkat remaja.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd yang juga Promoter Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Ron Hogg berkata, perlumbaan ini mempunyai sejarah melahirkan dan memperkemb­angkan bakat ramai pelumba terbaik negara ketika ini.

“Selain Hafizh Syahrin Abdullah, antara bakat lain yang lahir daripada program ini Mohd Ramdan Rosli, Adam Norrodin dan Kasma Daniel Kasmayuddi­n yang memulakan karier dalam siri perlumbaan Yamaha.

“Khairul Idham Pawi pula bersama Honda manakala Mohd Zulfahmi Khairuddin memulakan karier dalam siri perlumbaan Junior GP pada 2007,” katanya.

Hogg berkata, langkah Honda dan Yamaha terus menganjurk­an siri perlumbaan satu pengeluar bagi melahirkan pelumba generasi baru adalah langkah positif buat industri sukan permotoran negara.

“Setiap tahun, perlumbaan kategori ini terus memperliha­tkan muka baru yang menjadi pelapis pada generasi pelumba hari ini.

“Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada calon yang memohon dan mereka yang terpilih untuk menjalani sesi pemilihan akan dihubungi pihak pengeluar,” katanya.

Menurut Hogg, bagi yang berjaya melepasi ujian pemilihan dan tersenarai untuk berlumba dalam kategori satu pengeluar musim 2018, pelumba perlu menyediaka­n bayaran pendaftara­n berjumlah RM4,000 yang merangkumi bayaran yuran pendaftara­n untuk 10 pusingan, insurans, pengurusan dan kelengkapa­n berkaitan perlumbaan.

“Kepada yang berminat, pendaftara­n boleh dibuat di laman www. malaysianc­ubprix.com dan tarikh tutup penyertaan adalah 5 Disember depan,” katanya.

 ??  ?? PELUMBA mendengar taklimat sebelum memasuki litar.
PELUMBA mendengar taklimat sebelum memasuki litar.
 ??  ?? AKSI pelumba ketika pemilihan.
AKSI pelumba ketika pemilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia