Harian Metro

Pilihan kompak terbaik

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Perodua Myvi serba baru tampil elemen bergaya dan keselamata­n terbaik

Sejak dilancarka­n pada

2005, Perodua Myvi menjadi pilihan rakyat dan terjual lebih sejuta unit sebagai kenderaan untuk kegunaan harian terutama golongan muda berikutan rekaan yang kompak serta bergaya.

Untuk meneruskan legasi itu, model Myvi serba baru dilancarka­n bukan sahaja tampil dengan rekaan berbeza, malah pelbagai ciri terkini ditawarkan.

Ditawarkan dengan dua varian kuasa iaitu enjin 1.3 dan 1.5 liter, kedua-duanya dilengkapi teknologi Dual VVT-i serta pilihan transmisi kotak gear lima kelajuan manual (MT) untuk 1.3L atau empat kelajuan automatik (AT).

Model terbaru ini mendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selain enjin dihasilkan di kilang Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan turut didatangka­n dengan fungsi henti dan mula.

Presiden yang juga

Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil

Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata pihaknya mengambil masa dua tahun membangunk­an model ini untuk disesuaika­n dengan keperluan pasaran.

“Paling menarik adalah teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang selama ini hanya ada pada kenderaan premium.

“Kini teknologi sama dapat dilihat melalui

Myvi Serba Baru dan ini adalah pencapaian terbaik Perodua,” katanya.

Fungsi utama ASA ialah Amaran Pra-Pelanggara­n, Brek Pra-Pelanggara­n, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Terlepas Pengendali­an Pedal yang dioperasik­an kamera pada cermin pandang belakang.

Selain itu, Myvi serba baru ini dilengkapi pelbagai ciri keselamata­n lain seperti Pengagihan Edaran Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) sebagai ciri standard serta untuk varian 1.5 enam beg udara ditawarkan.

Myvi serba baru juga menerima penarafan lima bintang bagi Program Penilaian Kereta Baru Asean (ASEAN-NCAP).

Bahagian dalaman juga selesa untuk lima penumpang termasuk kelegaan ruang kerusi belakang dengan ruang kaki 937 milimeter (mm) dan ruang simpanan dipertingk­atkan sebanyak 69 liter.

Selain itu, antara ciri terkini lain adalah lampu depan fungsi ‘auto-off’ dan ‘follow-me-home’, lampu belakang dengan ‘light guides’ serta rim aloi 15 inci menjadikan ia tampil bergaya.

Enam warna ditawarkan iaitu Putih Ivory, Perak Glittering, Ungu Mystical, Merah Lava, Hijau Peppermint (1.3 sahaja) dan Kelabu Granite (1.5 sahaja).

Perodua Myvi serba baru ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (AT) berharga RM48,300,

1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300.

 ??  ?? MYVI baru kini lebih mantap.
BEG udara untuk keselamata­n pemandu dan penumpang.
MYVI baru kini lebih mantap. BEG udara untuk keselamata­n pemandu dan penumpang.
 ??  ?? PAPAN pemuka berciri moden dan ringkas.
PAPAN pemuka berciri moden dan ringkas.
 ??  ?? RUANG bagasi seluas 277 liter.
RUANG bagasi seluas 277 liter.
 ??  ?? RUANG memasukkan kad tol.
RUANG memasukkan kad tol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia