Harian Metro

Pengejar Impian

-

Kempen terbaru PETRONAS bangun bakat

dan produk sukan permotoran

peluang menggalas tanggungja­wab sebagai pelumba tunggal negara yang bersaing sepanjang musim perlumbaan MotoGP bersama pasukan PETRONAS Sprinta Team TVK dalam kategori 250cc menjadi impian kepada pelumba muda yang lain untuk mengikut jejak langkahnya.

Ini terbukti dengan pelumba muda Zulfahmi Khairuddin yang juga anak didiknya dalam pasukan cub prix terpilih sebagai pelumba ‘wildcard’ bagi kategori 125cc dalam MotoGP pada 2009 dan pelumba Malaysia pertama menaiki podium dalam saingan Moto3.

Selain MotoGP dan cub prix, pelumbapel­umba tempatan juga terbabit dalam saingan serantau seperti Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Kejuaraan CEV, Asia Dream Cup dan Asia Talent Cup.

Medan perlumbaan ini juga dijadikan platform ujian teknologi dan pembabitan sumber manusia melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bahan api serta minyak enjin Sprinta untuk tujuan prestasi maksimum.

Ia juga menjadi pentas untuk melahirkan ramai pelumba dan juruteknik dalam kejurutera­an automotif dengan keupayaan untuk menggabung­kan pengetahua­n teknikal serta jentera perlumbaan dan bahan api PETRONAS bagi pasukan yang bertanding.

Manfaat yang boleh diperolehi daripada pembabitan itu bukan sahaja pendedahan dan pengalaman kepada pelumba malah kepada pasukan, jurutera perlumbaan, kru, pemindahan teknologi, pembanguna­n produk baru dan pembanguna­n bakat.

Bagaimanap­un, sebelum nama-nama besar ini mencipta nama unit PETRONAS Motorsport banyak memainkan peranan dalam pembinaan imej dan jenama melalui Program Pembanguna­n Bakat PETRONAS (PTDP) dalam mencungkil bakat dan potensi.

Antara pelumba yang berjaya dilahirkan dalam program ini ialah Hafizh Syahrin Abdullah memulakan karier sebagai pelumba seawal usia 13 tahun dalam perlumbaan pocket bike sebelum beralih ke cub prix dan kini sedang mencipta nama dalam Moto2 dengan beberapa keputusan podium berjaya dicatatkan.

Untuk meneruskan momentum serta pencarian bakat masa hadapan dalam sukan permotoran, kempen Pengejar Impian dicipta untuk suntikan motivasi dan semangat kepada golongan sasar.

Ia disediakan dalam siri penceritaa­n tentang kisah mereka yang terbabit dalam dunia perlumbaan cub prix akan usaha, bakat dan pengalaman serta perjalanan dalam dunia motosikal juga sumbangan PETRONAS dalam menjadikan impian mereka menjadi realiti.

 ??  ?? PASUKAN tajaan PETRONAS beraksi.
PASUKAN tajaan PETRONAS beraksi.
 ??  ?? MENGUJI keupayaan dan ketahanan produk Sprinta.
MENGUJI keupayaan dan ketahanan produk Sprinta.
 ??  ?? KEPAKARAN PETRONAS penting untuk memastikan kejayaan pasukan.
KEPAKARAN PETRONAS penting untuk memastikan kejayaan pasukan.
 ??  ?? PENGEJAR Impian adalah platform inspirasi
kecemerlan­gan.
PENGEJAR Impian adalah platform inspirasi kecemerlan­gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia