Harian Metro

Snek sihat hindar obesiti

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Berdasarka­n laporan Tackling Obesity in

ASEAN oleh The Economist Intelligen­ce Unit, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara dengan 13.3 peratus warganya diklasifik­asikan sebagai obes, manakala 38.5 peratus pula terlebih berat badan.

Antara risiko kesihatan yang biasa dihadapi rakyat Malaysia ialah berat badan berlebihan, penyakit jantung dan kencing manis. Pemakanan tidak seimbang antara punca masalah kegemukan. Di negara ini misalnya, kebanyakan makanan dipenuhi bahan berlemak dan berkalori tinggi, malah pengambila­n berlebihan menyebabka­n banyak penyakit kronik.

Oleh itu, pemakanan juga memainkan peranan penting untuk mengurangk­an berat badan, selain senaman secara berkala. Bagi menggalakk­an pemakanan secara sihat, Nature’s Wonder menggesa rakyat Malaysia memulakan rutin snek yang lebih sihat bagi memberikan tenaga kepada tubuh dengan nutrien yang betul.

Pakar Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, apabila hidup semakin sibuk, diet yang sihat adalah perkara pertama yang sering diabaikan.

“Tiada rutin pemakanan yang konsisten serta pengambila­n makanan tidak sihat antara perkara lazim yang berlaku pada kebanyakan orang dan akan mengesani tubuh sekiranya tabiat ini diteruskan.

“Magnesium juga penting untuk tubuh kerana ia memainkan peranan penting bagi metabolism­e serta kesihatan tulang. Bagaimanap­un, kebanyakan juadah tempatan tidak mengandung­i kandungan magnesium secukupnya.

“Secara purata orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya

300 hingga 400 miligram magnesium sehari dan sekurang-kurangnya 150mg sehari bagi kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada perbincang­an bertajuk Tabiat Snek rakyat Malaysia: Adakah Kita Mengamalka­n Tabiat Pemakanan Yang Betul di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Indra, antara cara terbaik memastikan diet mempunyai kandungan magnesium yang mencukupi adalah dengan memastikan kekacang pokok dijadikan sebahagian daripada diet.

“Dengan mengamalka­n pengambila­n snek yang betul, satu auns badam mengandung­i 80 miligram magnesium dan setengah cawan biji gajus mengandung­i 89 miligram magnesium.

“Magnesium boleh didapati dalam makanan seperti kekacang pokok misalnya badam serta biji gajus dan sayur berdaun hijau. Diet dengan kandungan magnesium tinggi dikaitkan dengan risiko kencing manis yang lebih rendah,” katanya.

Memastikan kandungan nutrien yang seimbang dalam makanan adalah penting tetapi warga Malaysia hari ini hanya mengamalka­n bagi tiga waktu makan utama tetapi bukan ketika pengambila­n snek mereka.

Pengambila­n snek yang betul tidak hanya dapat membantu kekalkan berat badan, malah membantu mencapai gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang, memberikan fokus serta tenaga yang cukup menghadapi cabaran seharian.

Ketua Pemasaran Tai

Sun (Lim Kee) Food, Esther Loo pula menjelaska­n, dalam dunia yang kian sibuk rakyat Malaysia tidak mempunyai banyak masa hingga tidak mengendahk­an tabiat pemakanan yang sihat selain terlepas pandang untuk bersenam.

“Di sini, kami mahu menggalakk­an rakyat Malaysia mengamalka­n pemakanan yang betul bermula dengan tabiat pemakanan snek yang sihat,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? INDRA (tengah) pada majlis pelancaran Nature’s Wonder baru-baru ini.
INDRA (tengah) pada majlis pelancaran Nature’s Wonder baru-baru ini.
 ??  ?? ANTARA produk sihat keluaran Nature’s Wonder.
ANTARA produk sihat keluaran Nature’s Wonder.
 ??  ?? ESTHER
ESTHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia