Harian Metro

Kudrat satu tayar

- Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

 Juruterban­g pesawat C130H TUDM berjaya melakukan pendaratan cemas hasil kerjasama berpasukan Kami hadapi kecemasan itu dengan baik

Zul Helmie

“Kami ada dua pilihan untuk mendaratka­n kapal yang ada masalah landing gear iaitu pertama, mendarat tanpa tayar dan C130H ada tiga tayar di hadapan, kiri dan kanan.

“Kedua, mendarat dengan satu tayar di depan dan dua tayar kiri dan kanan tiada. Saya ambil keputusan mendarat dengan pilihan kedua iaitu lebih selamat kerana ada satu tayar yang boleh kawal dan elak kesan lebih tinggi,” kata juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zul Helmie Zainuddin ketika menceritak­an semula saat pesawat C130H TUDM melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Labuan, kelmarin.

Difahamkan, pesawat berlepas jam 11.07 pagi namun 10 minit kemudian, ada masalah kegagalan untuk melakukan pendaratan secara normal.

Zul Helmie berkata, kejadian itu bermula ketika mereka melakukan latihan bagi meningkatk­an tahap kecekapan anak kapal. Namun selepas enam jam mereka cuba menyelesai­kan masalah, akhir sekali, disebabkan kekurangan minyak kira-kira satu jam, mereka membuat keputusan untuk mendarat tanpa gear pendaratan utama.

“Selaku kapten, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan latihan yang sepatutnya ke Kuching, Kota Kinabalu dan kembali semula ke Labuan.

“Saya membatalka­n latihan dan berlegar-legar di sekitar Pulau Labuan untuk selesaikan masalah. Hasil kerjasama anak kapal, kami cuba selesaikan­nya mengikut prosedur dan tindakan sepatutnya mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika ditemui pada sidang media TUDM bersama Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Pangkalan Udara Labuan di sini, semalam.

Menurut Zul Helmie, hasil kerjasama semua anak kapal mereka selamat mendarat dalam kejadian itu.

“Semua anak kapal berfikiran positif dan memberikan kerjasama yang diarahkan dan kami hadapi kecemasan itu dengan baik.

“Selain itu, pihak berkaitan banyak membantu termasuk pasukan bantuan Pangkalan Udara Labuan dan bomba TUDM. Tanpa bantuan mereka ia pasti sukar,” katanya.

Menurutnya, sebagai juruterban­g mereka diberi latihan menghadapi situasi seperti itu menerusi latihan simulator.

“Menerusi latihan simulator, kami boleh buat apa saja keadaan seperti tanpa tayar, ribut dan sayap patah. Jadi kami gunakan pengalaman itu untuk situasi sebenar,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pesawat C130H TUDM melakukan pendaratan cemas selepas mengalami masalah landing

gear yang menyebabka­n pesawat itu tidak dapat mendarat dengan normal.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas pesawat itu mendarat jam 5.29 petang.

 ??  ?? AFFENDI memeriksa pesawat C130H.
AFFENDI memeriksa pesawat C130H.
 ??  ?? AFFENDI (tengah) bersama pegawai TUDM ketika lawatan dan pemeriksaa­n pesawat C130H di Pangkalan Udara Labuan, s s emalam.
AFFENDI (tengah) bersama pegawai TUDM ketika lawatan dan pemeriksaa­n pesawat C130H di Pangkalan Udara Labuan, s s emalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia