Harian Metro

Nostalgia dapur kayu masak pisang goreng

-

Walaupun dihambat kemodenan tetapi ada pasangan suami isteri masih setia menggunaka­n kaedah lama memasak pisang goreng menggunaka­n dapur kayu untuk dijual.

Kaedah terbabit mengekalka­n nostalgia kepada pengunjung yang bertandang ke gerai diusahakan pasangan warga emas di Kampung Kuala Pueh di sini, itu.

Kedai diusahakan

Mohd Deraman, 72, bersama isterinya, Mariam Mamat, 65, sejak 34 tahun lalu itu masih mengekalka­n tradisi lama iaitu menggunaka­n dapur kayu untuk menggoreng pisang dan tidak menggunaka­n dapur gas yang lebih cepat dan mudah.

Menurut Mariam, bahang api dan asap sudah menjadi lumrah dan kebiasaan ketika dia menggoreng kerana dapur kayu tidak seperti dapur gas yang boleh dilaras apinya.

Katanya, dia akui arus kemodenan menyebabka­n cara lama itu dilupakan, tetapi baginya penggunaan dapur kayu untuk menggoreng pisang mampu membangkit­kan rasa lebih sedap, beraroma dan rangup berbanding menggunaka­n gas memasak.

“Saya lebih selesa menggunaka­n dapur kayu kerana ia rahsia bagi mengekalka­n keenakan pisang yang digoreng, selain cara yang diguna juga menunjukka­n kepayahan masyarakat terdahulu menyediaka­n hidangan kerana mengambil masa sebelum dapat menghidupk­an api.

“Sejak tular di media sosial dua bulan lalu mengenai penyediaan pisang goreng ini makin ramai pengunjung datang hinggakan tidak menang tangan melayan walaupun saya dibantu seorang pekerja,” katanya.

Menurutnya, dia menggunaka­n satu guni pisang sehari yang diperoleh daripada pembekal atau peraih dari daerah itu, tetapi ada masanya tidak mencukupi.

Katanya, dia turut menjual keropok lekor dan ubi keledek goreng di gerainya dibuka pada jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.

“Alhamdulil­lah, pendapatan kasar mampu diraih RM200 sehari dan berbaloi walaupun ‘bermain’ dengan bahang api serta asap untuk menyediaka­n hidangan berkualiti dan enak,” katanya ketika ditemui di gerainya, semalam.

 ??  ?? MARIAM membungkus pisang goreng untuk pelanggann­ya.
MARIAM membungkus pisang goreng untuk pelanggann­ya.
 ??  ?? MARIAM menggoreng pisang di atas dapur kayu di gerainya.
MARIAM menggoreng pisang di atas dapur kayu di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia