Harian Metro

Jimmy Samudera sudah tiada

-

Kuala Lumpur: “Kami mengejutny­a dari tidur pagi tadi (semalam) tetapi dia tak bangun. Kami panik apabila mendapati dia tidak bernafas,” kata pemain dram kumpulan Samudera, Mohd Azhar Ropie mengenai pemain bass mereka, Jimmy atau Azizan Hamid, 48, yang meninggal dunia dalam tidur di sebuah rumah inap desa di Parit Tengah, Batu Pahat, Johor, pagi semalam.

Allahyarha­m meninggal dunia jam 7.45 pagi semalam akibat serangan jantung.

Sebelum itu, kumpulan yang popular pada era 1990-an itu mengadakan persembaha­n sempena program Jom Gegar Rengit di Batu Pahat, malam kelmarin.

Mohd Azhar atau Aai ketika dihubungi berkata, arwah tidak menunjukka­n sebarang tanda pelik ketika mereka membuat persembaha­n malam kelmarin.

“Dia tidak menunjukka­n tanda keletihan atau seba- gainya. Selepas persembaha­n berakhir jam 12.15 tengah malam, kami sempat makan bersama sebelum pulang ke rumah inap desa pada jam 1 pagi,” katanya kepada Harian Metro.

Mereka bermalam di rumah inap desa berkenaan di Parit Tengah dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur, pagi semalam.

Aai berkata, Jimmy dibawa ke Hospital Batu Pahat dan selepas pemeriksaa­n doktor mendapati jantungnya bengkak.

“Doktor mengesahka­n kematianny­a akibat serangan jantung,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan, selepas solat Isyak malam tadi.

Allahyarha­m meninggalk­an empat orang anak.

 ??  ?? JIMMY meninggal dunia akibat serangan jantung.
JIMMY meninggal dunia akibat serangan jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia