Harian Metro

Sila rasa bersalah

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Bapa reda anak meninggal dunia selepas motosikal rempuh lembu namun...

“Saya reda dengan kematian anak selepas arwah merempuh lembu,” kata Hamsudin Ali, 60, bapa kepada Mohd Shuib, 18, yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh haiwan itu di Kilometer 40, Jalan Sungai Rengit di sini, semalam.

Pada kejadian jam 7.15 pagi, buruh di projek pembinaan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang itu meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Hamsudin berkata, pada jam 6.30 pagi, dia dan arwah anaknya keluar serentak dari rumah mereka di FELDA Loke Heng di sini, dengan menunggang motosikal berasingan.

“Kebetulan kami keluar serentak. Ketika itu, saya mahu ke rumah arwah kakak di FELDA Bukit Permai, Layang-layang yang meninggal dunia malam tadi (semalam).

“Arwah pula hendak ke tempat kerja. Tidak lama kemudian, saya dihubungi anak lelaki memaklumka­n Mohd Shuib terbabit kemalangan.

“Kira-kira 10 minit kemudian, saya dihubungi lagi dan kali ini, anak memaklumka­n Mohd Shuib meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan kejadian berlaku di jalan menuruni bukit dan arwah tidak sempat mengelak lembu terbabit.

“Arwah terpelanti­ng hampir 20 meter menyebabka­n kaki kanannya patah selain parah di kepala.

“Mayat arwah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Jenazah disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Gususan FELDA Lok Heng selepas solat Zuhur,” katanya. Kemalangan menimpa Mohd Shuib turut dikongsi di laman sosial Facebook (FB) Orang Kota-Tinggi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahka­n kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEJADIAN menimpa remaja yang gagal mengelak lembu dimuat naik di laman sosial Orang Kota-Tinggi.
KEJADIAN menimpa remaja yang gagal mengelak lembu dimuat naik di laman sosial Orang Kota-Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia