Harian Metro

Tapak kuil penempatan Kerajaan Merong Mahawangsa

-

Kawasan tapak kuil Hindu-Buddha dipercayai berusia 2,000 tahun di Kota Aur Penaga, dekat sini, perlu diwartakan sebagai tapak warisan selain berpotensi menjadi produk pelanconga­n di negeri ini.

Tapak itu dipercayai seusia dengan tapak sejarah Lembah Bujang, Kedah, sekali gus membuktika­n Kota Aur pernah menjadi antara kawasan penempatan manusia terawal di Seberang Prai selain dikaitkan dengan Kerajaan Merong Mahawangsa dan Raja Bersiong.

Bukti kawasan berkenaan pernah menjadi lokasi penempatan manusia sebelum Islam dikuatkan dengan penemuan batu laterit yang biasa digunakan untuk membina tapak kuil dan batu berkenaan dikatakan sama dengan yang ditemui di Lembah Bujang.

Penduduk, Roslan Talib, 53, berkata, tapak berkenaan milik ibu mentuanya dan di situ dipercayai tertanam candi Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan tapak sejarah Lembah Bujang serta berpotensi dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n.

Beliau yang juga Pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancanga­n Universiti

Sains Malaysia (USM) berkata, 15 tahun lalu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalanka­n kerja cari gali di tapak berkenaan dan menemui tiga objek candi, tetapi kawasan itu ditimbus semula.

“Ramai yang tidak tahu berkenaan tapak kuil Hindu-Buddha di situ kerana ia tertanam dalam tanah tetapi serpihan batu laterit berongga masih kelihatan.

“Selalunya hanya di Kedah kita boleh lihat kesan runtuhan bahan sejarah tetapi jarang di Pulau Pinang.

“Saya merancang membina muzium mini di tapak ini supaya boleh dilihat orang ramai dan pelancong asing yang datang ke Inap Desa Kota Aur,” katanya.

 ??  ?? ROSLAN menunjukka­n batu laterit dari tapak candi Hindu-Buddha dipercayai berusia 2,000 tahun di Kota Aur, Penaga, Kepala Batas.
ROSLAN menunjukka­n batu laterit dari tapak candi Hindu-Buddha dipercayai berusia 2,000 tahun di Kota Aur, Penaga, Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia