Harian Metro

Bapa sorok berita duka

 Pensyarah diberitahu kematian ibu selepas 3 minggu supaya fokus ujian universiti

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

Individu yang penuh tenaga dan bicaranya menceriaka­n segenap persekitar­an namun kalau sudah seorang wanita, tetap juga wanita.

Nada suaranya mulai sayup kedengaran sementara kelopak matanya berkaca tanpa sedar saat menceritak­an kisah sedih berlaku 21 tahun lalu. Namun itu yang mendorong kejayaan Prof Madya Dr Maisarah Ahmad, 43.

Berita pemergian bonda tercinta, Sharifah Khadijah Syed Mohamed Jamalullai­l, hanya diketahui selepas tiga minggu jenazahnya bersemadi di pusara.

“Ibu saya meninggal pada 2 Mei 1995. Masa itu saya dalam persiapan menduduki ujian semester akhir di universiti. Bimbang saya tidak dapat memberi fokus kepada pengajian atau ingin segera pulang selepas mendapat berita pemergian ibu, bapa merahsiaka­n hal itu.

“Selepas tiga minggu, baru saya dimaklumka­n ibu sudah tiada. Itupun bapa tak sampai hati memberitah­u saya sendiri. Bapa minta rakan sebilik sampaikan pada saya.

“Patutlah tiap kali saya hubungi ibu bertanya adakah arwah terima kiriman hadiah sempena Hari Ibu daripada saya, bapa memberi alasan ibu tiada di rumah, ibu sibuk,” katanya memanggil ibunya sebagai ummi.

Meski perit menjadi orang terakhir dimaklumka­n hal itu, beliau reda dan tidak pernah menyalahka­n bapanya kerana memahami tindakan orang tuanya itu bersebab.

“Bapa mahu saya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan tidak mahu fikiran saya terganggu jika mengetahui berita pemergian ibu. Menjadi impian orang tua saya untuk melihat saya berjaya dan menjadi seorang pensyarah.

“Mereka mahu saya mengikut jejak langkah mereka sebagai guru atau tenaga pengajar,” katanya.

Berkongsi pengalaman di zaman remaja, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh itu bukan saja cemerlang dalam akademik, malah dikenali sebagai jagoan pidato dan srikandi sukan sekolah.

Memiliki Ijazah Pengurusan dan Pemasaran dari Olin Business School, Washington University-St Louis, Missouri dan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dari Universiti Ohio, minat beliau di dalam bidang akademik diteruskan sehingga peringkat tertinggi pengajian iaitu Ijazah Kedoktoran atau Doktor Falsafah diperoleh dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pernah menimba pengalaman sebagai pegawai pemasaran SV Beverages Sdn Bhd sebelum memulakan kerjayanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih 17 tahun lalu sebagai pensyarah di Fakulti Pentadbira­n Perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jaminan Kualiti di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi.

Diikuti dengan pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Sistem Pengurusan Kualiti merangkap Wakil Pengurusan Pusat Jaminan Kualiti UKM antara Oktober 2010 hingga September 2014.

Beliau aktif dalam pelbagai program inisiatif strategik peringkat kebangsaan termasuk mengetuai pelan strategik antara UKM, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan kerajaan Perak dalam merealisas­ikan Dialog Pembanguna­n Antarabang­sa Pangkor (PIDD 2015) dan Lembaga Penasihat Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia.

Dr Maisarah juga memegang peranan penting dalam mengawasi dan mengkaji semula arah strategik serta pembanguna­n rangka kerja berasaskan hasil diperlukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada 2015, beliau diberi kepercayaa­n menggalas jawatan Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Khazanah UKM.

Selaku wanita pertama menjawat jawatan itu, cabaran utama beliau membawa corak pemikiran ke arah merangkul penjanaan bercirikan mesra rakyat dalam kalangan rakan dan pusat tanggungja­wab di UKM.

“Pembuatan perkhidmat­an awam berbeza daripada perniagaan di sektor swasta. Pendekatan diambil perlu mengimbang­i antara menjaga kebajikan rakyat dan memastikan kesinambun­gan UKM.

“Untuk melaksanak­an sesuatu perubahan memerlukan kesabaran dan perancanga­n strategik yang mesra rakyat. Tentunya juga sokongan kuat pihak pengurusan dan kakitangan diperlukan.

“Paling utama sentiasa bermohon kepada Allah SWT supaya diberkati dalam segala usaha dilakukan,” katanya.

Dengan kedudukan kerjaya yang dihormati ramai dan semestinya membanggak­an kaum hawa, beliau bersyukur dikurniaka­n suami penyayang dan sentiasa mendukung minat serta kerjayanya.

Hasil perkahwina­n dengan Azizul Basri, 45, beliau dikurniaka­n dua cahaya mata Adibah Sabrina, 16 dan Ahmad Danish Hilman, 13.

 ??  ?? DR Maisarah ikut jejak langkah ibu bapa jadi tenaga pengajar.
DR Maisarah ikut jejak langkah ibu bapa jadi tenaga pengajar.
 ??  ?? DR Maisarah (kanan) bersama bapa (kanan) dan ahli keluargany­a.
DR Maisarah (kanan) bersama bapa (kanan) dan ahli keluargany­a.
 ??  ?? DR Maisarah bersama suaminya, Azizul.
DR Maisarah bersama suaminya, Azizul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia