Harian Metro

Dengarlah rintihan alam...

 Manusia diberi amanah pelihara bumi bukan merosakkan­nya

-

Pelbagai bencana yang melanda dunia hari ini adalah kesan perbuatan manusia tidak bertanggun­gjawab. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah ash-Shura, ayat 30)

Bagaimanap­un, kita dilarang berdiam diri dengan apa yang berlaku atau sekadar menzahirka­n kesedihan tanpa mencari jalan penyelesai­an.

Perkara yang tidak boleh diabaikan selepas dilanda bencana alam adalah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak berulang kembali.

Peringatan daripada Allah SWT itu turut dinyatakan dalam ayat al-Quran lain yang bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana

Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41)

Kedua-dua ayat itu diakhiri dengan penjelasan Allah SWT yang akan memaafkan golongan melakukan kerosakan di atas muka bumi asalkan mereka benar-benar ingin kembali kepada-Nya.

Allah SWT bersifat dengan sifat yang mulia termasuk mengampunk­an setiap kesalahan yang dilakukan hamba-Nya.

Baru-baru ini, beberapa tempat di negara kita turut dilanda banjir. Banyak perkara yang perlu direnungi untuk dijadikan iktibar.

Apa yang pasti, bencana itu salah satunya berpunca daripada tangan manusia yang tidak bertanggun­gjawab sehingga kesannya dirasai orang lain yang tidak berdosa.

Kita perlu saling nasihatmen­asihati antara satu sama lain supaya perbuatan yang dilakukan selama ini tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.

Setiap musibah yang diturunkan Allah SWT, maka seluruh manusia perlu menghadapi­nya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya.”

(Surah al-Anfal, ayat 25)

Apabila diperincik­an mengenai punca berlakunya bencana itu, beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya kesan longkang dan saliran air yang tersumbat.

Banyak sampah dibuang di merata tempat. Golongan yang tidak bertanggun­gjawab itu tidak menyayangi kebersihan alam sekitar.

Asalkan bukan di rumah mereka, sampah sewenangwe­nangnya di buang yang akhirnya apabila hujan lebat, air akan tersekat di dalam longkang menyebabka­n mudah berlakunya banjir kilat.

Sebab itu, Islam amat mementingk­an kebersihan bukan saja kepada tubuh badan tetapi juga kebersihan alam sekitar.

Selain itu, masalah banjir berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak diselengga­ra dengan baik.

Masyarakat juga perlu kerap menganjurk­an gotong-royong supaya tindakan positif dapat dibuat secara kolektif.

Aktiviti menebang pokok di kawasan tadahan hujan juga antara faktor menyebabka­n berlakunya bencana banjir kilat.

Meskipun kadar hujan sedikit namun sudah cukup untuk menyebabka­n banjir kerana kawasan tadahan hujan sudah dimusnahka­n.

Untuk mengatasi masalah itu, usaha menanam semula pokok di kawasan tadahan hujan perlu digiatkan.

Semoga Allah SWT menyelamat­kan kita daripada sebarang bentuk bencana alam.

 ??  ?? HUTAN yang menjadi sumber air dan bekalan udara bersih kepada manusia perlu dipelihara untuk kelangsung­an hidup di bumi.
HUTAN yang menjadi sumber air dan bekalan udara bersih kepada manusia perlu dipelihara untuk kelangsung­an hidup di bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia