Harian Metro

Usah berlengah membayar hutang

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum membayar hutang kepada pemberi hutang yang sudah meninggal dunia dan tidak diketahui ahli warisnya?

Dalam isu menerima dan memberi hutang, penekanan yang amat serius diberikan Allah SWT sehinggaka­n terdapat dalam al-Quran satu ayat yang cukup panjang membicarak­an berkenaan hutang-piutang secara terperinci.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalanka­n sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya).” (Surah al-Baqarah, ayat 282)

Perkara yang digalakkan ketika berhutang berdasarka­n ayat itu ialah:

Mencatat hutang (isi surat hutang itu dengan jelas).

Penulis hutang adalah daripada orang yang adil.

Janganlah mengurangk­an sesuatu pun daripada hutang itu.

Bagi orang yang lemah, perlu diwakilkan kepada wali.

Mendatangk­an saksi (dua lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan).

Bertakwala­h kepada Allah SWT sepanjang melaksanak­an muamalah berkenaan.

Bagi penghutang yang tidak mampu mengembali­kan semula harta yang dihutangin­ya kepada tuannya (yang sudah meninggal dunia), maka penghutang wajib mengembali­kan harta itu kepada ahli waris si mati.

Namun jika penghutang tidak menjumpai mana-mana waris si mati, maka harta itu boleh disalurkan kepada maslahat kaum Muslimin atau harta itu boleh disedekahk­an kepada fakir miskin.

Imam Nawawi menukilkan pandangan Imam Ghazali yang berkata maksudnya: “Barang siapa yang menyimpan harta haram (harta yang bukan miliknya, termasuk hutang) dan dia hendak bertaubat daripada perbuatann­ya serta hendak berlepas diri daripada harta haram itu, hendaklah dia mencari si pemilik sah harta itu. Apabila si pemilik sah sudah meninggal dunia, hendaklah harta itu diserahkan kepada ahli warisnya. Namun jika si pemilik sah dan ahli warisnya tidak diketahui juga, hendaklah harta itu disalurkan kepada maslahat kaum Muslimin seperti membina jambatan, masjid, menjaga perbatasan negara Islam dan sektor lain yang bermanfaat untuk seluruh kaum muslimin. Atau boleh juga disumbangk­an kepada fakir miskin.” (Rujuk: Majmu’ Syarh Muhazzab, 9/351)

Dalam Kitab Syarh

Riyad al-Solihin, penulisnya berkata, boleh juga harta yang dihutangi itu disedekahk­an atas nama pemilik harta dengan ikhlas kerana

Allah SWT serta diniatkan pahala kepada tuannya maksudnya: “Maka hutang itu dapat disedekahk­an atas namanya dengan ikhlas. Dan Allah SWT mengetahui hal ini dan akan menunaikan hal ini dan menunaikan kepada orang itu (pemilik harta).” (Rujuk: Syarh Riyad al-Solihin, Bab Taubat, 1/89)

Hutang adalah satu perkara yang amat besar kesannya dalam kehidupan seorang Muslim di dunia mahupun akhirat. Lebih-lebih lagi, jika hutang itu membabitka­n hak manusia yang semestinya diselesaik­an terlebih dahulu ketika hidup.

Berdasarka­n hujah di atas, kami berpandang­an duit atau harta yang dihutangi itu perlu diserahkan kepada baitulmal negeri masing-masing supaya ia dapat digunakan bagi maslahat umum.

Namun begitu, jika sudah menjumpai warisnya (si mati) maka harta atau wang itu boleh diserahkan kepada waris berkenaan.

Setiap penghutang perlu mempunyai keazaman untuk melangsaik­an hutangnya dengan apa cara sekalipun.

Bagi mereka yang mampu menyelesai­kan hutangnya, maka segeralah menunaikan kewajipan itu.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Menunda pembayaran bagi orang yang mampu merupakan satu kezaliman, barang siapa yang (hutangnya) dilimpahka­n kepada seseorang, maka hendaklah dia menurutiny­a.” (Riwayat al-Bukhari - 2288)

Amat buruk pembalasan bagi sesiapa yang melengah-lengahkan serta memakan harta orang lain. Oleh itu, tidak boleh ada alasan lagi untuk mengelakka­n diri daripada melunaskan hak orang lain yang terdapat dalam harta kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia