Harian Metro

Rumah pusaka 50 tahun hangus

-

“Ketika kejadian (kebakaran) saya sedang menguruska­n kedai perniagaan membaiki barangan elektrik di pekan (Tanjung Karang) ini sebelum ternampak asap tebal,” kata Kow

Kok Keong, 49.

Kow antara mangsa kebakaran dua rumah dalam kejadian pagi semalam di Jalan Tepi Sungai dekat sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, dua rumah terletak bersebelah­an terbakar dengan rumah sewa musnah manakala rumah diduduki Kow 20 peratus terbakar.

Kow berkata, sejurus ternampak asap tebal dari kedainya, dia rasa tidak sedap hati sebelum bergegas pulang.

“Saya terus pulang dan apabila tiba nampak rumah terbakar namun isteri, ibu dan dua anak saya sempat keluar dari rumah,” katanya.

Kow berkata, rumah papan didiami itu peninggala­n mendiang bapanya yang berusia 50 tahun.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang Azmi Abbas berkata, sepasukan 28 anggota bersama empat jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kami menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Sekinchan dan Sungai Besar.

“Sebaik tiba, kami mendapati dua rumah terbakar dan kami mengambil masa sejam memadamkan kebakaran itu,” katanya.

Menurut Azmi, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih disiasat.

Katanya, sebuah rumah musnah manakala rumah bersebelah­an terbakar 20 peratus iaitu di bahagian bumbung dan dinding.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Kow.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Kow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia