Harian Metro

‘BANYAK LAGI PERLU DICAPAI’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas bertunang pada 7 Julai lalu, pelakon jelita Izara Aishah, 25, dan Muhammad Adib Khalid, 27, selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsun­g Jumaat lalu.

Tiada apa yang lebih menggembir­akan Izara apabila majlis yang dirancang sejak empat bulan lalu berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Apatah lagi, menurut Izara dia seorang yang sangat cerewet dalam memastikan majlis perkahwina­nnya berlangsun­g sempurna.

“Saya sangat bimbang sekiranya majlis ini kelam-kabut. Alhamdulil­lah, saya lega apabila semua yang dirancang berjalan lancar. Saya berterima kasih dan memuji hasil kerja perancang perkahwina­n GlamWeddin­gs yang menjadikan majlis ini sangat luar biasa dan di luar jangkaan saya. Mencecah usia 25 tahun, tentunya pelbagai pencapaian sudah dikecapi penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Bekas peserta Akademi Fantasia 2013 yang menyambut ulang tahun kelahirann­ya pada 13 November lalu ini berkata, ada beberapa perkara yang perlu dicapai bagi membuktika­n kemampuann­ya sebagai anak seni supaya setanding dengan rakan seperjuang­nya yang lain.

“Sebelum melangkah ke usia 25 tahun, saya sudah ada lagu sendiri dan pernah berlakon. Saya mahu melakukan lebih banyak perkara dan harapnya sempena hari jadi ini saya memperoleh yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurut Nabila yang popular dengan lagu Pematah Hati ini, dia juga sentiasa mengharapk­an supaya kerjayanya bertambah maju pada usia begini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia