Harian Metro

Watak suha paling berat setakat ini

- DARI MUKA R23

Nabila jalani penggambar­an drama bersiri 26 episod berjudul Matahari Cerah Jalan ceritanya memang berbeza sekali gus menarik perhatian saya untuk menerimany­a. Suha gadis yang didera bukan sahaja fizikal, tetapi juga mental. Jadi, memang ia sangat mencabar memandangk­an saya perlu bermain dengan pelbagai emosi

“Alhamdulil­lah, Pematah Hati mula mendapat sambutan daripada peminat. Saya harap, tahun depan lagu ini tercalon dalam carta Muzik Muzik dan mengharapk­an doa daripada semua peminat.

“Rakan seperjuang­an yang lain rata-ratanya sudah rasa pengalaman bertanding di pentas Muzik Muzik.

Saya harap dapat melalui pengalaman sama seperti mereka,” katanya.

Jika sebelum ini Nabila beberapa kali muncul dalam drama dan membawa watak yang tidak terlalu berat, kali ini dia mula mencabar kemampuan dirinya dalam bidang lakonan.

“Saya sedang menjalani penggambar­an drama bersiri 26 episod berjudul Matahari Cerah Lagi terbitan Global Station Sdn Bhd.

“Dalam drama itu, saya membawa watak utama sebagai Suha. Jika dibandingk­an dengan watak yang pernah dibawa sebelum ini, ini yang paling berat,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai drama terbabit, Nabila berkata, jalan ceritanya membuatkan dia tertarik untuk menerima tawaran itu.

“Jalan ceritanya memang berbeza sekali gus menarik perhatian saya untuk menerimany­a. Suha gadis yang didera bukan sahaja fizikal, tetapi juga mental. Jadi, memang ia sangat mencabar memandangk­an saya perlu bermain dengan pelbagai emosi,” katanya.

Walaupun mencabar dan susah bagi pelakon baru sepertinya, dia bersyukur kerana ramai pelakon senior banyak membantu dan memudahkan kerjanya.

“Alhamdulil­lah, ramai pelakon senior yang membantu saya. Saya sebagai pelakon baru pun, perlu juga banyak bertanya untuk mencari ilmu baru,” katanya.

Selain Nabila, Matahari Cerah Lagi turut dibintangi Amerul Affendi, Fadlan Hazim, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Selain itu, Nabila juga tidak melupakan tanggungja­wab utamanya untuk mempromosi­kan single Pematah Hati.

“Pematah Hati mula dimainkand­i stesen radio dan sekarang saya bekerja keras untuk mempromosi­kan lagu ini di beberapa stesen TV. Memang tak dinafikan, ada rasa penat, tapi inilah namanya kerja,” katanya. - Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia