Harian Metro

Kecewa anak didik dipinggir

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Zainal dakwa industri hiburan pandang artis pada rupa bukan bakat

Penyanyi popular, Datuk Zainal Abidin kecewa dengan senario dunia hiburan tanah air yang didakwa tidak berlaku adil apabila hanya memandang artis yang ada rupa dan bukannya bakat.

Zainal, 58, mendakwa, industri hiburan sekarang terutama dalam bidang muzik tidak lagi ‘mengeluark­an’ penyanyi sebenar seperti Datuk Sheila Majid, Datuk

Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarha­m Datuk Sudirman Haji Arshad.

“Apa yang kita ada sekarang kebanyakan­nya adalah produk. Saya juga kecewa dan terkilan apabila anak didik saya dalam program Mentor, Nadeera Zaini sukar mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.

“Dia berbakat dan memiliki vokal yang bagus, tetapi kerana tiada pakej lengkap dia dipinggirk­an. Sebaik keluar dari

Mentor pada 2014, dia ada merakamkan single berjudul Hasrat Hati tetapi lagu itu tenggelam begitu saja.

“Begitu juga apabila bakat baru itu dilahirkan sesebuah stesen TV, saluran TV lain seolaholah tidak mahu memberi ruang kepadanya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran album Lost yang menggabung­kan artis dari seluruh dunia iaitu Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Album itu diterbitka­n dua beradik yang dikenali sebagai Vessbroz.

Mereka adalah komposer yang berjaya meraih pelbagai anugerah antarabang­sa.

Selain Zainal yang terpilih merakamkan sebuah lagu dalam album itu berjudul Flleting, penyanyi tempatan lain yang mendapat penghargaa­n Vessbroz ialah Faradhiya dan Nadeera.

“Dalam album itu ada 11 penyanyi yang bertujuan memupuk semangat keamanan global. Album Lost adalah campuran beberapa genre muzik utama dan house music sebagai genre kedua.

“Vessbroz berjaya mencipta muzik unik mereka terutama pada dram. Album itu juga terpilih sebagai album rasmi untuk filem Inggeris-Malaysia yang berbajet besar berjudul C144. Beberapa lagu dalam album itu juga dijadikan lagu tema filem berkenaan,” katanya.

Sejajar dengan pelancaran album antarabang­sa itu dan pelancaran filem C144 pada akhir tahun depan, Vessbroz akan mempromosi­kan album itu ke China, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan United Kingdom serta menjelajah ke seluruh Malaysia.

Vessbroz juga mengedarka­n video lirik dan video muzik untuk setiap lagu yang terkandung dalam album itu.

Jadual kerja seni Zainal terus padat sehingga tahun depan apabila dia terbabit dalam beberapa festival muzik jazz di Ireland, England, Perancis, Denmark, Itali dan Belgium.

 ??  ??
 ??  ?? ZAINAL bersama artis antarabang­sa ketika pelancaran album Lost.
ZAINAL bersama artis antarabang­sa ketika pelancaran album Lost.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia