Harian Metro

Legenda rock berduka

-

Malcolm dianggap teman seperjuang­an sentiasa bersikap baik, banyak beri inspirasi

Dalam pada itu, Angus dalam satu kenyataan berkata, Malcolm cukup penting dalam kehidupan dan kerjayanya.

“Sebagai adik, sukar untuk saya gambarkan dalam perkataan betapa bermaknany­a Malcolm dalam kehidupan saya. Keakraban di antara kami memang unik dan istimewa.

“Legasi yang ditinggalk­annya akan terus hidup selamalama­nya. Malcolm, anda sudah lakukan yang terbaik dan kerja anda sudah selesai,” katanya.

Malcolm meninggalk­an isteri, O’Linda, dua anak iaitu Cara dan Ross serta tiga cucu.

Bulan lalu, abang mereka, George yang juga pemain gitar kumpulan Easybeats dan penerbit bersama album AC/DC meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Malcolm dilahirkan pada 6 Januari 1953 di Glasgow, Scotland. Pada 1963 dia bersama ibu bapa dan tujuh adikberadi­knya berpindah ke Australia.

Selepas menubuhkan AC/DC, mereka muncul dengan album sulung, High Voltage pada 1975. Setahun kemudian, mereka berhijrah ke United Kingdom.

Walaupun tidak menonjol dalam AC/DC berbanding Angus dan penyanyi, Brian Johnson, Malcolm adalah individu penting dalam penciptaan lagu popular mereka.

Malah, Malcolm juga tulang belakang dalam penghasila­n riff gitar hebat untuk lagu AC/DC.

Pemergian Malcolm juga menyaksika­n hanya Angus menjadi satusatuny­a anggota asal AC/DC yang tinggal.

Ketika di pertengaha­n konsert jelajah dunia Rock Or Bust tahun lalu, penyanyi Brian Johnson dinasihat supaya tidak meneruskan­nya apabila mengalami masalah pendengara­n.

Dia kemudian digantikan penyanyi Guns N’ Roses, Axl Rose untuk baki persembaha­n konsert jelajah itu.

Pemain bass, Cliff Williams pula mengambil keputusan bersara selepas konsert jelajah itu berakhir.

Sebelum itu, pada 2014, pemain dram Phil Rudd meninggalk­an AC/DC selepas terbabit dengan kesalahan jenayah.

Selain Angus dan Axl Rose, AC/DC kini dianggotai anak saudara Angus dan Malcolm, Stevie Young (gitar) dan bekas pemain dram mereka, Chris Slade.

AC/DC yang memiliki 17 studio album mencatat jualan album lebih 200 juta unit di seluruh dunia. Album ketujuh mereka, Back In Black yang dipasarkan pada 1980 terjual lebih 50 juta unit sekali gus menjadikan­nya album kedua paling laris sepanjang zaman.

Album terakhir mereka ialah Rock or Bust pada 2014.

 ??  ?? MALCOLM akan terus diingati.
MALCOLM akan terus diingati.
 ??  ?? AC/DC ketika ‘sihat’ (dari kiri) Brian Johnson, Cliff Williams, Angus Young, Phil Rudd dan Malcolm Young.
AC/DC ketika ‘sihat’ (dari kiri) Brian Johnson, Cliff Williams, Angus Young, Phil Rudd dan Malcolm Young.
 ??  ?? BERSAMA penyanyi asal mereka, Bon Scott (kanan) yang meninggal dunia pada 1980.
BERSAMA penyanyi asal mereka, Bon Scott (kanan) yang meninggal dunia pada 1980.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia