Harian Metro

Amir terhutang budi

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Lagu ciptaan Saari ‘wajib’ dinyanyika­nnya dalam setiap persembaha­n

Nama penyanyi Amir dan komposer Saari Amri ibarat aur dengan tebing dalam menaikkan nama kumpulan Ukays.

Tanpa suara nyaring dan gemersik Amir, Ukays pasti tidak ke mana.

Tanpa lagu berbisa ciptaan Saari, tentu sukar untuk kumpulan yang wujud pada awal 1990-an ini mencipta populariti sehingga dikenali termasuk di Indonesia.

Tidak dinafikan hayat Amir dalam industri muzik sehingga hari ini banyak dibantu lagu berhantu ciptaan Saari.

Dalam mana-mana persembaha­n, lagu Saari menjadi lagu wajib untuk dinyanyika­nnya.

Amir, 46, berkata, dia tidak perlu bersusahpa­yah berfikir memilih menyanyika­n lagu artis lain ketika mengadakan persembaha­n.

“Untuk apa saya menyampaik­an artis lain sedangkan Ukays sendiri mempunyai banyak lagu popular. Ada baiknya saya gunakan masa yang ada untuk menyanyika­n lagu Ukays sendiri.

“Lagu seperti Kau Satu-Satunya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Bila Diri Disayangi, Balada Ani, Seksa, Kekasihku Di Menara dan Di sana Menanti Di Sini Menunggu sering ditunggu peminat. Lagu ini juga kerap mendapat permintaan peminat di radio,” katanya.

Menerusi penyertaan­nya dalam Gegar Vaganza 2, Amir kembali meniti populariti dan laris memenuhi undangan menyanyi di sana sini.

“Saya amat menghargai Saari dan menerusi lagu ciptaannya saya mencari rezeki sehingga kini. Memang sepatutnya saya tak melupakan jasanya.

“Dia bertanggun­gjawab memperkena­lkan nama saya dalam industri muzik. Walaupun saya kena marah teruk ketika dalam studio, saya tetap menghormat­inya,” katanya.

Menurut Amir, kerana sikap cerewet Saari, dia terpaksa mengambil masa selama lapan jam menyiapkan rakaman lagu Seksa.

“Bayangkan komposer Lan Laga yang menjaga vokal saya turut menggeleng­kan kepala ketika itu. Lagu itu dinamakan Seksa kerana saya terasa seksa nak menyanyika­nnya.

“Apabila sudah siap, Saari minta saya datang ke studio lagi untuk proses mencantikk­an lagu dan ia ambil masa beberapa jam lagi,” katanya mengimbas kisah lalu.

JAYAKAN SHOWCASE ISTIMEWA BUAT PEMINAT

Amir akan menjayakan ‘showcase’ istimewa buat peminatnya pada 1 Disember ini di Restoran D’Saji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Persembaha­n anjuran Restoran D’Saji Taman Tasik Titiwangsa dan Best FB KL Concerts dengan kerjasama Indera Management ini dijadualka­n bermula jam 8 malam.

“Saya akan menyampaik­an 12 lagu yang dibahagika­n kepada dua segmen iaitu secara akustika dan ‘live’ band.

“Saari Amri juga akan berduet dengan saya menerusi lagu Kita Masih Sama,” katanya.

Menurutnya, lagu ini pernah dirakamkan mereka dalam album berjudul Amir Ukays Menyanyika­n Karya Saari Amri pada 1995.

“Apa yang dibuat adalah penghargaa­n saya buat Saari. Saya giat mengadakan latihan sekarang termasuk menghafal semula lagu popular dulu. Ia bukan kerja mudah.

“Persembaha­n ini hanya dirancang seminggu selepas saya hadir menyaksika­n persembaha­n Zamani Slam di lokasi sama pada 6 Oktober lalu,” katanya.

Perancanga­n awal, ‘showcase’ ini dijadualka­n untuk kumpulan Spring tetapi mereka berdepan masalah dalaman dan Amir akhirnya mengambil tempat.

Maklumat tiket berharga RM100 hingga RM300, sila layari laman web MyTicket.Asia atau datang terus ke kaunter D’Saji Titiwangsa KL.

 ??  ??
 ??  ?? Saya amat menghargai Saari dan menerusi lagu ciptaannya saya mencari rezeki sehingga kini. Memang sepatutnya saya tak melupakan jasanya
Saya amat menghargai Saari dan menerusi lagu ciptaannya saya mencari rezeki sehingga kini. Memang sepatutnya saya tak melupakan jasanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia