Harian Metro

Acara wajib fasa praktikal

-

DARI MUKA N32

‘Hasta La Vista’ berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud selamat tinggal.

Ketua projek Arif

Firdaus Mohd Rais berkata, program ini adalah acara wajib bagi setiap pelajar yang melalui fasa praktikal.

Menurutnya, bakal graduan bersama-sama berkongsi pengalaman, menilai dan melihat kembali perjalanan mereka sepanjang bergelar pelajar UiTM.

Selain itu, dapat memupuk semangat tidak berputus asa apabila berada dalam alam pekerjaan.

Dalam program selama tiga hari itu, pelbagai acara menarik diadakan termasuk ‘ice breaking’ yang dibahagika­n kepada sembilan kumpulan.

Pada hari pertama sebelah malamnya, setiap pelajar diminta membuat persembaha­n individu untuk meningkatk­an keyakinan diri siswa apabila berada di alam pekerjaan.

Dua pensyarah HR iaitu Dayang Nailul Munna Abd Abdullah dan Ridhwati Zakaria memberi penilaian persembaha­n yang dibuat siswa.

Walaupun mereka berasa segan pada mulanya membuat persembaha­n namun berjaya menunjukka­n kehebatan masing- masing.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk zumba dan permainan ‘killing field’ apabila pelajar dikehendak­i menutup mata.

Mereka hanya perlu mendengar arahan ketua pasukan dan secara tidak langsung permainan ini dapat memupuk semangat kerja sama.

Modul kedua yang paling ditunggu-tunggu pelajar ialah apabila mereka diberi peluang meluahkan pandangan masing-masing terhadap subjek HR di

UiTM.

Ia bertujuan mendapat maklum balas supaya dapat menambah baik sistem pendidikan pada masa hadapan.

Pelajar juga berpeluang menyertai permainan ‘explorace’ bagi meningkatk­an kerjasama antara kumpulan dan cara menyelesai­kan isu genting apabila berada di alam pekerjaan.

Program ini turut dibantu FA Worldwide Group dan turut disertai Ketua Koordinato­r Kursus (KPP), Dr Maimunah Mohd Shah dan Penasihat Human Resource Society (HURES), Syezreen Dalina Rusdi.

‘Hasta La Vista

2017’ diharap dapat memupuk sikap prihatin, menyerlahk­an bakat dan potensi Gen Y yang berani, berkeyakin­an tinggi dan sanggup hadapi cabaran akan datang.

Selain itu, ia dapat menghasilk­an graduan yang boleh menyesuaik­an diri dengan pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajar­an yang komprehens­if. - Masni Ros Pakir Mohamad

 ??  ?? PELAJAR bersama pensyarah dalam modul yang disertai.
PELAJAR bersama pensyarah dalam modul yang disertai.
 ??  ?? BERSIAP sedia untuk menyertai acara yang diadakan.
BERSIAP sedia untuk menyertai acara yang diadakan.
 ??  ?? ANTARA acara diadakan selama
tiga hari di Port Dickson.
ANTARA acara diadakan selama tiga hari di Port Dickson.
 ??  ?? AKTIVITI bebas pelajar bermain
banana boat di Pantai Teluk Kemang, Port
Dickson.
AKTIVITI bebas pelajar bermain banana boat di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia