Harian Metro

JALINAN KOMUNITI BANTU INSAN MEMERLUKAN

-

Aktiviti sukarelawa­n dalam kalangan mahasiswa terbukti mampu membentuk jati diri dan seterusnya melahirkan generasi pelapis berkualiti yang bakal memimpin negara ini pada masa akan datang.

Di MSU penuntut sentiasa didedahkan pelbagai aktiviti jalinan komuniti yang membabitka­n segenap lapisan masyarakat termasuk anak yatim, ibu tunggal, Orang Asli dan golongan miskin bandar.

MSU Learning

Centre baru-baru ini menganjurk­an program jalinan komuniti yang membabitka­n 24 siswa dari program Bacelor dan Diploma Perakaunan.

Tumpuan utama aktiviti adalah membantu keluarga yang serba kekurangan dan kurang terurus iaitu Mathevi, ibu kepada enam anak yang empat daripadany­a masih bersekolah, sementara suaminya terlantar sakit serta memerlukan rawatan akibat kemalangan tahun lalu.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Mathevi mementingk­an pendidikan anaknya dan mereka mencapai prestasi yang baik di sekolah.

Penuntut bergotongr­oyong membersihk­an rumah, selain memberikan sumbangan pakaian, barangan keperluan harian, barangan kelengkapa­n persekolah­an dan mendapatka­n dana bagi menampung kos ubatan serta rawatan.

Menurut pengarah program, Vinoth Kandasamy, program sebegini akan terus dijalankan agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat selain memantapka­n sifat kepemimpin­an dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

 ??  ?? PESERTA bersama keluarga Mathevi.
PESERTA bersama keluarga Mathevi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia