Harian Metro

JAMIN KERJAYA MASA DEPAN

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

MSU College tawar Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian komprehens­if

Teknologi Makmal Perubatan adalah satu bidang apabila ilmu sains dan amalan penyelidik­an makmal digunakan untuk membantu dalam diagnosis iaitu menganalis­is serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan dan penyembuha­n.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar khususnya bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan.

Negara kita turut menyaksika­n permintaan yang meningkat terhadap karier dalam bidang ini.

Peluang kerjaya dalam bidang ini turut ditawarkan di pelbagai institusi termasuk hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan awam, pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisoto­pe, makmal penyelidik­an patologi, jabatan pembanguna­n farmaseuti­kal, universiti dan bidang perubatan forensik.

MSU College menawarkan program Diploma Teknologi

Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang komprehens­if dan mengikut sukatan modul terkini.

Program ini menggabung­kan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapk­an graduan dengan penilaian serta etika yang baik dalam membuat keputusan.

Dalam tempoh pengajian selama tiga tahun siswa akan mempelajar­i pelbagai perkara baru termasuk menjalanka­n ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis serta pengurusan penyakit.

Penuntut turut dilengkapk­an dengan pengetahua­n teori yang luas dan kemahiran praktikal selaras keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat Bacelor di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS).

Seterusnya bagi yang berminat untuk meneruskan dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon melanjutka­n pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang ditawarkan MSU menerusi Internatio­nal Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

 ??  ?? PENUNTUT turut dilengkapk­an dengan pengetahua­n teori yang luas dan kemahiran praktikal.
PENUNTUT turut dilengkapk­an dengan pengetahua­n teori yang luas dan kemahiran praktikal.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia