Harian Metro

Electro-Strips kesan bahaya selekoh

-

DARI MUKA N31

Sekumpulan mahasiswa dari Fakulti Kejurutera­an Mekanikal (IMechE) Universiti Teknologi MARA (UiTM) memutuskan mereka bentuk sistem baru menggunaka­n pengawal mikro untuk mengelakka­n kemalangan jalan raya di selekoh terlindung itu.

Antara pendekatan mudah tapi berkesan termasuk jalur elektro dikenali Electro-Strips yang mengeluark­an lampu amaran apabila kenderaan dikesan dari arah bertentang­an.

Pasukan Roadgineer­s IMechE berjaya merangkul wang tunai RM10,000 menerusi ciptaan Electro-Strips di cabaran #ShellSelam­atSampai Varsity Challenge 2017 di Kuching, baru-baru ini.

Selain hadiah utama wang tunai, pasukan berkenaan turut membawa pulang trofi, pingat dan sijil.

Ketua Projek Muhammad Syakir Kamarul Zaman berkata, Electro-Strips adalah satu sistem yang dicipta bertujuan mengurangk­an risiko kemalangan di kawasan selekoh tajam merbahaya.

Katanya, tujuan alat itu dipasang adalah untuk memberi amaran kepada kenderaan yang menghampir­i selekoh berkenaan apabila ada kereta menghampir­i selekoh sama dari arah bertentang­an.

“Kami memilih untuk menjalanka­n projek ini selepas mendapati kawasan sasaran kami iaitu salah satu selekoh tajam dan berbahaya di dalam UiTM sendiri memiliki risiko kemalangan yang tinggi.

“Electro-Strips terdiri daripada dua subsistem. Subsistem pertama terdiri daripada sensor getaran (vibration sensor) dipasang pada jalur ‘rumble’ yang diletakkan di atas jalan.

“Apabila kenderaan melintasi ‘rumble strip’ itu, sensor itu akan mengesan gegaran lalu menghantar isyarat ke lampu amaran yang terletak di hujung selekoh berkenaan.

“Subsistem kedua pula terdiri daripada sensor pengukur kelajuan kenderaan bagi mengukur kelajuan dari arah bertentang­an. Sensor itu akan menghantar isyarat

 ??  ?? ANTARA laluan di selekoh tajam.
ANTARA laluan di selekoh tajam.
 ??  ?? GRAFIK fungsi Electro-Strips.
GRAFIK fungsi Electro-Strips.
 ?? Muhammad Syakir ?? Electro-Strips terdiri daripada dua subsistem. Subsistem pertama terdiri daripada sensor getaran (vibration sensor) dipasang pada jalur ‘rumble’ yang diletakkan di atas jalan
Muhammad Syakir Electro-Strips terdiri daripada dua subsistem. Subsistem pertama terdiri daripada sensor getaran (vibration sensor) dipasang pada jalur ‘rumble’ yang diletakkan di atas jalan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia