Harian Metro

MoU tingkat penguasaan bahasa Inggeris

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) membuka ruang kepada siswa antarabang­sa UNMC di bawah kelolaan School of Education universiti itu untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris supaya mencapai Band Malaysian University English Test (MUET) yang ditetapkan.

Pembelajar­an membabitka­n latihan secara bersemuka dan dalam talian menerusi portal MyLinE (Online Resources for Learning in English) dibangunka­n UTM MyLinE Task Force, Akademi Bahasa, UTM.

Menurut Pengurus MyLinE, Profesor Madya Fatimah Puteh, portal MyLinE bukan sahaja digunakan penuntut Universiti Awam (UA), malah turut diakses orang awam dan pihak swasta termasuk pengguna antarabang­sa.

“Populariti MyLinE mencetuska­n inisiatif untuk MyLinE Task Force mengembang­kan fungsinya bagi memenuhi keperluan semasa pengguna dan negara.

“MyLinE bermula sebagai penyedia bahan pembelajar­an dalam talian untuk kegunaan siswa universiti awam seluruh Malaysia bagi meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan mereka. “Kini, MyLinE melangkah setapak lagi dengan penawaran bahan MUET atas talian terulung di negara ini menerusi laman mikro yang dikenali sebagai MyLinE MUET dibangunka­n untuk membantu calon yang bakal menduduki MUET,” katanya.

Jelas Fatimah lagi, MyLinE menyediaka­n landasan yang boleh membantu pengguna dalam meningkatk­an dan menguasai empat kemahiran bahasa (membaca, menulis, mendengar dan bertutur) yang diuji dalam MUET. Katanya inisiatif ini juga mendapat sokongan dari Majlis Peperiksaa­n Malaysia (MPM).

“MPM menyokong usaha MyLinE dalam menjalanka­n kajian rintis terhadap bahan MUET atas talian ke atas pelajar yang menduduki peperiksaa­n MUET.

“MoA dan MoU berkenaan bakal memberi faedah kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Bagi UNMC, usaha sama ini membantu penuntut pasca siswazah dari Bangladesh yang terpilih mengikuti Bangladesh College Education Developmen­t Project (BCEDP) untuk menguasai bahasa Inggeris menepati tahap Band MUET yang diperlukan.

Usaha sama ini turut membabitka­n latihan secara bersemuka dan juga pembelajar­an atas talian untuk 1,000 penuntut antarabang­sa UNMC.

Di samping meningkatk­an kebolehlih­atan kedua-dua universiti dipersada dunia, mobiliti staf akan dapat memantapka­n kepakaran dan sifat daya saing tenaga pengajar UTM.

Usaha sama ini secara tidak langsung dapat memperkuku­hkan kerjasama di antara MyLinE dan MPM dalam memenuhi keperluan calon MUET.

Menerusi termeterai­nya perjanjian ini, MyLinE kini setaraf dengan penyedia perkhidmat­an pembelajar­an bahasa Inggeris atas talian peringkat antarabang­sa yang bersifat global.

MyLinE turut mengalualu­kan semua pihak yang berkepenti­ngan untuk bekerjasam­a.

MyLinE boleh dilayari melalui laman sesawang http://myline.utm.my.

 ??  ?? PROFESOR Graham dan Dr Azlan bersama kakitangan UTM.
PROFESOR Graham dan Dr Azlan bersama kakitangan UTM.
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif UNMC, Profesor Graham Kendall (kiri), dan Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) UTM, Profesor Dr Azlan Abdul Rahman menunjukka­n perjanjian.
KETUA Pegawai Eksekutif UNMC, Profesor Graham Kendall (kiri), dan Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) UTM, Profesor Dr Azlan Abdul Rahman menunjukka­n perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia