Harian Metro

Projek FAITH ENACTUS rangkul tempat kedua SIC 2017

-

Kelab Entreprene­urial

Action Us (ENACTUS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah bimbingan Pusat Keusahawan­an dan Kerjaya (CEC) serta Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT memenangi tempat kedua dalam UTP Social Innovation Challenge (SIC) 2017.

ENACTUS UMT berjaya merangkul hadiah berjumlah RM15,000 bagi projek dikenali dengan nama FAITH.

Projek FAITH yang memberi kepercayaa­n dan peluang kedua kepada komuniti di Pulau Jenagor, Kuala Berang,

Hulu Terengganu untuk menghasilk­an sabun timun sebagai salah satu sumber pendapatan kepada komuniti itu bagi tujuan meningkatk­an taraf ekonomi setempat.

UTP SIC 2017 adalah anjuran Universiti Teknologi PETRONAS dengan kerjasama dan sokongan Malaysia Digital Innovation­s & Creativity Centre (MAGIC) dan Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC).

Tempat pertama dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) sementara tempat ketiga pula jatuh kepada Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (UNITEM, KSHAS).

Menurut Muhammad Aidil Ridzuan Nasaruddin, yang terbabit dalam pembentang­an projek FAITH ENACTUS UMT berkata, dengan pemberian geran yang ditawarkan, mereka merancang membina pusat penyediaan membuat sabun itu.

“Tapi sebelum itu, kami perlu mengkaji garis panduan JAKIM atau Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain supaya pihak kami boleh membina infrastruk­tur yang menepati piawaian yang telah ditetapkan.

“Dengan adanya sijil daripada agensi itu, ia membolehka­n kami mengkomers­ialkan produk ke pasaran global,” katanya.

Projek FAITH adalah projek yang terpilih memasuki pusingan akhir dalam kategori Programme Committee yang dinilai dari segi kenyataan permasalah­an, cadangan penyelesai­an, pembentuka­n inovasi, kelebihan daya saing, potensi pemasaran dan model perniagaan serta kriteria lain yang diambil kira dalam menilai pemarkahan kumpulan masing-masing.

Seramai lima penuntut daripada Kelab ENACTUS yang mewakili UMT, selain Muhammad Aidil Ridzuan, peserta lain ialah Azraaei Azaharuddi­n, Muhammad Hisham Hamid, Siti Rosmaida Mohd Samsuddin dan Nurul Fatiha Hassan berjaya melaksanak­an misi pembentang­an itu.

 ??  ?? KESEMUA pemenang bergambar kenangan
KESEMUA pemenang bergambar kenangan
 ??  ?? KELAB ENACTUS bergambar bersama hadiah dimenangi
KELAB ENACTUS bergambar bersama hadiah dimenangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia