Harian Metro

DOHA RUMAH PERTAMA, MALAYSIA KEDUA

- Shuhada Mansor

Tiga tahun berkhidmat dengan syarikat penerbanga­n berpangkal­an di Doha, Qatar, Adib Farhan Su‘aidi, 29, menganggap bekerja di luar negara dan meninggalk­an keluarga jauh ribuan batu ibarat perjuangan memajukan diri.

Dia yang bekerja sebagai pembaik pulih pesawat berkata, ada faktor kekurangan dan kelebihan bagi sesiapa pun yang bekerja jauh dari tanah kelahiran.

Namun, jika kekurangan itu berjaya ditangani dengan realistik, tidak akan timbul soal sukar menyesuaik­an diri dengan budaya baru apatah lagi isu kejutan budaya.

JALAN KAKI DUA JAM CARI KAD SIM

Berkongsi pengalaman awal ketika baru memulakan kehidupan di tanah asing, Adib berkata, banyak perkara baru yang perlu dia belajar sendiri.

“Untuk jalani hidup di tempat berbeza boleh jadi sesuatu yang seronok dan pada masa sama, merumitkan. Tapi bagi saya, budaya itu relatif. Oleh itu, saya cuba untuk tidak melabel sesuatu bangsa hanya dengan mendengar cerita atau stereotaip.

“Contohnya, pada hari pertama di sini (Doha), saya perlu berjalan lebih dua jam cuma untuk mencari kad sim. Lepas penat pusing kawasan rumah, saya diberitahu semua kedai tutup jam 4 petang apatah lagi hari itu Jumaat. Walaupun ada masalah komunikasi, orang di situ tetap membantu yang akhirnya saya tahu kedai itu dekat saja dengan rumah,“katanya.

Masalah pertuturan dengan sesetengah perkataan berbeza sebutan antara yang menjadi kekangan utama di Doha. Namun, Adib berkata, komunikasi sesama masyarakat tempatan boleh diperbaiki sekiranya ada keinginan untuk belajar bahasa asas yang mereka gunakan.

LATIH DIRI LEBIH BERDIKARI

Ditanya kenapa dia memilih bekerja di luar negara, Adib berkata, berada jauh dari keluarga dan kenalan secara tidak langsung membuatkan dia berani menempatka­n diri jauh melangkaui zon selesa.

“Saya dapat latih diri untuk lebih berdikari. Bagi saya, persekitar­an kerja di luar negara yang dikeliling­i rakan dari pelbagai negara dan berbeza latar belakang menjadikan saya lebih berdaya saing. Kita akan jadi lebih terbuka dalam banyak hal.

“Banyak kelebihann­ya di sini kalau tolak tepi rasa rindu kepada tanah air. Saya sebenarnya seronok dengan kerjaya sekarang. Kerja ‚hands-on‘ buatkan saya lebih santai daripada kerja di pejabat,“katanya yang sering mengisi masa lapang dengan bermain futsal.

Adib berkata, banyak perkara yang perlu dikorbanka­n jika seseorang diterima bekerja di luar negara namun jika bijak mengatur rutin dan cekal diri dengan memegang prinsip jelas, di mana pun kita berada tidak akan menjadi masalah.

 ??  ?? MENGISI masa lapang dengan bermain KTV di padang pasir.
MENGISI masa lapang dengan bermain KTV di padang pasir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia