Harian Metro

Usaha berterusan tingkat prestasi

- Fatin Farhana Japre

Kontrak Faiz bersama pasukan Pulau Pinang tamat penghujung musim ini

Daripada ‘tiada apa-apa’, nama Faiz Subri menjadi bualan rakyat Malaysia yang meminati bola sepak apabila muncul sebagai pemain Malaysia dan Asia pertama meraih Anugerah Puskas FIFA 2016.

Aksi jaringan ajaibnya yang dikatakan melanggar hukum fizik ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super tahun lalu mendapat undian tertinggi peminat bola sepak seluruh dunia sekali gus melakar sejarah dalam dunia bola sepak tempatan.

Namun, tahun ini Faiz Subri gagal melayakkan pasukannya beraksi ke Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam Liga Super dengan hanya 12 mata daripada 12 perlawanan.

Penulis berpeluang menemu bual Faiz Subri baru-baru ini, katanya, dia sentiasa berusaha meningkatk­an prestasi apatah lagi rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi selepas dia memenangi Anugerah Puskas.

Ketika diminta bercerita lanjut mengenai pembabitan­nya, anak kelahiran Kedah ini berkata, dia bergiat aktif sejak sekolah rendah hingga menengah kerana dipilih mewakili daerah.

“Saya memang minat bola sepak sejak kecil. Apabila ada pemilihan, saya terpilih untuk bernaung di bawah skuad muda Kedah bawah 21 tahun.

“Memang impian setiap pemain bola sepak bermain secara profesiona­l dan mewakili negeri tetapi nasib tidak menyebelah­i saya bermain untuk Kedah selepas berusia 21 tahun.

“Namun saya anggap bukan rezeki dan bermain dalam posisi penyerang untuk Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang, Perlis di bawah bimbingan jurulatih, Yusri Che Lah.

“Punca saya dilamar kelab ini mungkin berdasarka­n prestasi persembaha­n ketika beraksi dalam perlawanan Piala Presiden,” katanya.

Selepas itu, Faiz bermain untuk Perlis selama dua tahun dan pada masa sama bermain untuk Piala Emas Raja-Raja.

“Saya banyak bertukar pasukan, pada 2012 pula saya bernaung di bawah Terengganu Team selama setahun.

“Kemudian bersama Kelantan selama setahun dan kembali ke pasukan Pulau Pinang pada usia 27 tahun sehingga sekarang.

“Peluang ini saya gunakan untuk timba pengalaman baru sebanyak mungkin,” katanya yang menjadi duta Nivea Cool Powder dengan kerjasama 11street.

Kata anak kelima daripada enam beradik ini lagi, kontraknya bersama pasukan Pulau Pinang akan tamat penghujung musim ini.

“Kalau Pulau Pinang mahu sambung, saya tidak akan menolak. Saya selesa bersama pasukan ini.

“Lagipun, jarak dengan keluarga dan mentua tidak jauh dan senang untuk saya menjenguk mereka,” katanya yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah.

Faiz juga mengucapka­n jutaan terima kasih kepada penyokong setianya yang mengundi menjadi pendorong kejayaanny­a menerusi dunia bola sepak.

“Saya akui banyak ranjau yang perlu dilalui untuk terus maju dalam sukan ini dan berharap anda semua terus menyokong industri bola sepak tempatan,” katanya.

 ??  ?? KETIKA beraksi dalam perlawanan Liga Super 2017.
KETIKA beraksi dalam perlawanan Liga Super 2017.
 ??  ?? FAIZ pada perlawanan persahabat­an dengan Nagaworld FC dari Kemboja.
FAIZ pada perlawanan persahabat­an dengan Nagaworld FC dari Kemboja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia