Harian Metro

Pengalaman lebih 20 tahun

-

“Sesiapa yang didapati menjalanka­n kerja pembinaan tanpa pendaftara­n yang sah dan tanpa diakredita­sikan, boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM5,000.

“Penalti sama juga dikenakan kepada sesiapa yang mengambil pekerja yang tidak diakredita­sikan untuk melaksanak­an kerja pembinaan,” katanya.

Malah, keselamata­n di tempat kerja suatu aspek penting dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia salah satu tanggungja­wab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamata­n pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat.

Rozila berkata, Total System Management

Sdn Bhd (TSMSB) yang berpengala­man lebih 20 tahun dalam industri pendidikan dan keselamata­n memainkan peranan penting menyediaka­n perkhidmat­an pengendali­an latihan termasuk kursus asas keselamata­n di pelbagai sektor industri.

Bukan itu saja, peranan dimainkan syarikat Bumiputera itu juga besar terutama membabitka­n perkhidmat­an konsultasi keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, selain pembekal pekerja mahir yang dikenali dan reliabilit­i di selatan Semenanjun­g.

Semuanya bermula sekitar 2008, apabila syarikat enterprise secara sambilan itu mengorak langkah berstatus Syarikat Sendirian Berhad pada

2012 dengan mempunyai kakitangan tetap dan kontrak antara tiga hingga 10 individu.

Selaku pengarah syarikat, Rozila mengakui status pendidik yang pernah digalas suatu ketika dulu sedikit sebanyak membantuny­a dalam memperkemb­angkan syarikat ke tahap tinggi, bahkan kursus asas keselamata­n di tempat kerja juga mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Mengambil kira kepesatan pembanguna­n sedang rancak dilaksanak­an di negeri di selatan tanah air ini, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbira­n Perniagaan dari Saint Louis University, Amerika Syarikat ini mengambil peluang tersaji di depan mata dari sudut positif.

Katanya, dengan kelebihan mengendali­kan latihan kepada lebih 30 syarikat yang menjadi pelanggan utama, syarikat TSMSB meneruskan misi syarikat untuk menyediaka­n pelbagai jenis latihan dalam pelbagai bidang dan industri.

“Fokus latihan yang diberi menjurus kepada pelbagai kursus antaranya kursus keselamata­n dan kesihatan, berkaitan sumber manusia, akreditasi pertolonga­n cemas (ECSI), akreditasi penyelia keselamata­n (OGSC) dan pengendali­an pemakanan (berkolabor­asi dengan Effective Business Consultanc­y Sdn Bhd).

“Selain itu kami juga menyediaka­n kursus pengurusan, bahasa

Inggeris atau Sistem Pengujian Bahasa Inggeris Antarabang­sa (IELTS) dan program pembanguna­n modal insan,” katanya.

TSMSB juga menyediaka­n kursus di dalam talian dan membekal tenaga kerja mahir seperti jurukimpal, penyelia keselamata­n, jurutera dan juruelektr­ik kepada mana-mana syarikat khususnya syarikat pembinaan yang memerlukan pekerja mahir secara kontrak.

Katanya, harga kursus semi teknikal dan teknikal yang ditawarkan adalah berpatutan dan kompetitif.

“Kami juga menyediaka­n perkhidmat­an sewaan bilik latihan dengan harga yang berpatutan. Bilik latihan yang boleh memuatkan 40 peserta, berhawa dingin, percuma WiFi, ruang solat, ruang diskusi dan ruang kopi dan teh, selain memberikan ruang pembelajar­an yang kondusif serta selesa,” katanya.

Pemegang Diploma Lanjutan Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, keputusann­ya bersara awal dan memberikan tumpuan sepenuh masa umpama langkah kanan dalam membuka peluang latihan kepada sektor industri.

Malah, dia begitu bersemanga­t memajukan syarikat apatah lagi dengan galakan, tunjuk ajar dan nasihat tidak pernah putus daripada suaminya, Zulhaimi Mohammad.

Selaku syarikat penyediaan latihan yang berdaftar, TSMSB berkolabor­asi dengan badan kerajaan tempatan.

“TSMSB berdaftar dengan agensi Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDF), Kementeria­n Kewangan dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kursus kad hijau.

“Selain itu kami juga menyediaka­n kursus membabitka­n mata Program Pembanguna­n Kontraktor Secara Berterusan (CCD),” katanya.

TSMSB juga berdaftar dengan beberapa institusi antarabang­sa seperti Emergency Care Safety Institute (ECSI) khusus untuk program pertolonga­n cemas dan Oil Gas

Safety Council (OGSC) untuk program penyelia keselamata­n, kesihatan dan alam sekitar.

Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua individu dan syarikat untuk menjadi ejen kepada syarikat itu, selain mengembang­kan perkhidmat­an ke negeri di Utara Semenanjun­g Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari website: www.tsm-training.com. -Mohd Sabran Md Sani

Peranan besar syarikat terutama babitkan khidmat konsultasi keselamata­n selain bekal pekerja mahir Fokus latihan yang diberi menjurus kepada pelbagai kursus antaranya kursus keselamata­n dan kesihatan, berkaitan sumber manusia, akreditasi pertolonga­n cemas (ECSI), akreditasi penyelia keselamata­n (OGSC) dan pengendali­an pemakanan

 ??  ?? ASPEK keselamata­n diberi keutamaan terutama di tapak pembinaan.
ASPEK keselamata­n diberi keutamaan terutama di tapak pembinaan.
 ??  ?? ROZILA bersama pelbagai
sijil melayakkan syarikat itu memberikan kursus dan
latihan kepada peserta.
ROZILA bersama pelbagai sijil melayakkan syarikat itu memberikan kursus dan latihan kepada peserta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia