Harian Metro

Pusat sehenti misi 4 rakan kongsi

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pastikan pelanggan belanja kelengkapa­n haji, umrah dalam suasana persekitar­an seronok,

penuh kasih sayang

Tiada rahsia antara mereka. Masing-masing saling berkongsi pendapat dan ilmu bagi memastikan jenama diperkenal­kan mendapat perhatian ramai.

Sebagai pemegang lesen yang membawakan jenama Al-Kauthar, Mahya Mohamed Tarip, Abdul Malek Othman, Nurul Liyana Khairuddin dan Nuha Selamat mempunyai misi yang sama iaitu memperkena­lkan butik mereka sebagai pusat sehenti untuk kelengkapa­n haji serta umrah.

Bagi mencapai matlamat ini pastinya kualiti setiap keluaran dijaga agar pelanggan mendapat ‘suasana’ berbelanja dalam persekitar­an menyeronok­kan dan dilimpahi kasih sayang.

Dikenali dengan telekung berkualiti Al-Kauthar yang dijual menerusi ejen dan stokis menjelang tahun ketiga penubuhann­ya, pengasas Al-Kauthar Norliza Hayati Ahmad Shairuzi mengorak langkah membuka rangkaian butik haji dan umrah.

Menariknya ia ditawarkan kepada stokis terpilih menerusi kaedah pemegang lesen. Dalam tempoh kurang setahun tiga butik sudah beroperasi iaitu di Banting, Putrajaya dan Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Bagi pemilik bersama Al-Kauthar yang terletak di Wangsa Maju, Mahya Mohamed Tarip dan Abdul Malek Othman, keduaduany­a tertarik untuk menjalanka­n perniagaan bersama kerana berasakan perjalanan yang diatur Allah ini cukup indah dan mudah.

Abdul Malek adalah bekas jurutera di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mempunyai syarikat tenaga dan automasi manakala Mahya bekerja sebagai kakitangan Al- Kauthar dengan mengetuai bahagian laman sesawang dan stokis.

Disebabkan mempunyai kepakaran dalam pemasaran dalam talian dan mencipta kejayaan tersendiri dengan menjual produk yang diambil dari luar negara akhirnya dia ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadi Norliza serta ditugaskan bersamasam­a merancang pelan pemasaran syarikat.

“Ketika itu saya langsung tidak berminat membuka butik tetapi mulai tertarik melihat pelan jangka panjang jenama ini pada masa akan datang. Saya nyatakan persetujua­n dan bercadang berniaga di Kelantan. Namun selepas bertemu Abdul Malek keputusan ini berubah apabila dia ingin menjadi rakan niaga saya di sini.

“Melihat kepakaran dalam bidang masingmasi­ng dan kualiti produk ditawarkan, kami mengambil kata sepakat membuka butik Al-Kauthar di Wangsa Maju Kuala Lumpur,” kata Mahya.

Memulakan operasi pada 4 November lalu, butik ini bukan setakat menyediaka­n kelengkapa­n haji dan umrah tetapi turut berkongsi pengalaman peribadi menunaikan umrah kepada pelanggan. Pada masa sama ingin mendidik orang ramai menyimpan duit secara berdikit-dikit bagi menyempurn­akan hasrat suci mereka.

“Pada masa sama kami turut mengadakan program ilmiah bagi berkongsi ilmu dengan masyarakat sekitar. Turut menyediaka­n kelengkapa­n dari hujung kaki hingga rambut membolehka­n pelanggan mendapatka­n keperluan mereka di tempat sama,” katanya yang menyediaka­n telekung, jubah, kurta, tudung labuh dan pelbagai kelengkapa­n pada harga berpatutan.

Menariknya telekung Al-Kauthar menggunaka­n tujuh meter kain kapas berkualiti tinggi dengan dua lapisan bagi menjaga aurat. Bahagian bawah dagu diletakkan kain lembut dan dan boleh regang agar jemaah selesa memakainya. Paling penting ia melekap cantik pada wajah si pemakai dan tidak panas.

Bermula menjual pavlova dan kek secara dalam talian, ibu kepada lima cahaya mata ini berhasrat mengubah haluan dengan menceburi perniagaan pakaian solat. Namun disebabkan tiada ilmu dalam pemasaran membuatkan jenama telekung dihasilkan tidak dapat dijual. Pertemuan dengan Norliza Hayati pada Februari lalu membuatkan hatinya tergerak menjadi pemegang lesen AlKauthar.

“Saya melakukan solat istikharah memohon

 ??  ?? MAHYA dan Abdul Malek tertarik menjalanka­n perniagaan bersama kerana berasakan perjalanan yang diatur Allah ini cukup indah serta mudah.
MAHYA dan Abdul Malek tertarik menjalanka­n perniagaan bersama kerana berasakan perjalanan yang diatur Allah ini cukup indah serta mudah.
 ??  ?? NUHA
NUHA
 ??  ?? NURUL LIYANA
NURUL LIYANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia