Harian Metro

Hikmah berkebun terapi diri

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Suri rumah manfaat laman

mini tanam pokok herba, bunga teruja melihat hasilnya

Aktiviti berkebun bukan saja mendatangk­an manfaat kepada kesihatan kerana mampu mengeluark­an peluh malah ia memberi kebaikan sampingan untuk seisi keluarga apabila hasilnya boleh membantu mengurangk­an perbelanja­an dapur.

Manakan tidak, jika bijak ambil peluang dan tahu teknik menanam yang betul, pastinya tanaman membuahkan hasil menakjubka­n sekali gus memberi keyakinan kepada diri bahawa makanan yang diambil lebih bersih serta menyihatka­n.

Begitulah juga dengan Sharifah Zahinah Tuan Azam,

51, yang bukan saja memiliki hobi memasak, menjahit dan membuat kerja seni, malah dia turut gemar melakukan aktiviti berkebun.

Biarpun berasal dari Terengganu, dia sudah pun menetap di Kajang hampir 26 tahun sebelum berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan dua bulan yang lalu.

Ujar suri rumah ini lagi, rutin hariannya sebelum ini adalah menguruska­n rumah tangga, berniaga secara dalam talian dan melakukan kerja sukarelawa­n atau terbabit dalam badan bukan kerajaan (NGO). Namun, sejak setahun lalu, dia terpaksa memperlaha­nkan aktivitiny­a kerana mengalami masalah tulang belakang di samping perlu menjaga ayahnya.

“Oleh itu, waktu lapang sekarang banyak dihabiskan dengan berkebun pada waktu pagi dan petang. Saya memilih berkebun kerana ia mampu menjadi terapi, membuatkan rasa tenang dan begitu teruja apabila melihat pokok ditanam membesar manakala bunga pula berkembang.

“Sungguh indah ciptaan Tuhan hinggakan ada kalanya terlupa seketika dengan dunia luar. Malah, lupa juga untuk membeli-belah. Jika dulu tiada tanah, saya hanya tanam sayuran dan pokok bunga di dalam pasu hinggakan penuh ruang depan rumah.

“Antara yang ditanam di dalam pasu adalah pokok kari dan pandan yang dikongsi bersama jiran, ada kalanya mereka bantu menyiramny­a jika saya tiada di rumah.

“Kini, ada ruang kecil di tepi rumah, memang teruja. Walaupun baru dua bulan mula menanam semula, macammacam jenis pokok hendak ditanam,” katanya.

Jelasnya, kira-kira 30 pokok termasuk bunga yang sudah menghiasi laman mininya.

Lebih menarik apabila aktiviti berkebun itu juga menarik minat bapa, anak dan cucu untuk turut sama membantu.

Tanah saiz kecil di tepi rumah disulami dengan sayur, herba dan pokok berbuah. Ruang bahagian depan pula dikhususka­n untuk pokok bunga.

Dia akui, semangatny­a untuk berkebun menjadi berkobarko­bar selepas dipertemuk­an dengan rakan Kebun Bandar di laman Facebook.

“Di situ banyak ilmu berkebun yang dikongsi dan menambah semangat saya untuk menanam apatah lagi melihat rakan lain menunjukka­n hasil masingmasi­ng.

“Lebih mengujakan, dalam masa dua bulan saja separuh daripada tanaman yang saya tanam menunjukka­n hasil dan mula berbunga. Bertambah seronok apabila saya mula belajar membiakkan anak pokok melalui kumpulan itu,” katanya.

Jelasnya, antara pokok herba yang ditanam adalah pudina, putat, tenggek burung, rosemary, sambung nyawa, bonglai, kunyit putih, basil, stevia, selasih kerinting, rerama, senduduk putih dan banyak lagi untuk dijadikan sebagai ulam, ditambah ke dalam masakan atau sebagai ubat.

 ??  ?? SHARIFAH Zahinah menunjukka­n hasil tanamannya. ANTARA pokok yang ditanam Sharifah Zahinah.
SHARIFAH Zahinah menunjukka­n hasil tanamannya. ANTARA pokok yang ditanam Sharifah Zahinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia