Harian Metro

Yakin mampu popular

-

penggambar­an drama 26 episod terbitan RTM berjudul Dia Pengantink­u Disember ini.

Siapa sangka, wanita yang asalnya bermula sebagai penyanyi kini dalam persiapan untuk kembali aktif dalam persada seni suara.

Sebelum ini Tisha pernah menyertai uji bakat pertanding­an bakat baru nyanyian, Audition terbitan NTV 7 dan Mentor 6 yang mana dia adalah anak didik penyanyi Ferhad.

“Bidang nyanyian adalah jiwa saya dan tidak pernah terdetik di fikiran untuk berhenti.

“Tahun ini saya nekad untuk kembali aktif menyanyi selepas kebanyakan peminat meminta keluarkan single selain terdapat undangan yang memerlukan untuk saya menyanyi.

“Oleh itu, saya dalam perancanga­n mengeluark­an single terbaharu awal tahun depan. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudah­kan.” katanya yang pernah mengeluark­an single Aku Untukmu namun gagal mendapat sambutan.

Sudah mendirikan rumah tangga, Tisha memberitah­u suaminya, Mohd Ady Hafize Hanaffiah sangat memahami minatnya dalam lakonan.

“Alhamdulil­lah, suami masih memberi izin saya berlakon asalkan saya tahu menjaga batas sebagai isteri. Lagipun, dia memang kerja dalam bidang produksi sebagai pengurus produksi drama jadi dia faham tugas saya.

“Bahkan dia jugalah yang menguruska­n jadual seni saya dalam bidang ini,” katanya yang bakal menyambut ulang tahun pertama perkahwina­n pada 16 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia