Harian Metro

Pengabdi Setan kembali

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Filem popular era 1980-an dikekalkan 15 peratus daripada versi klasik

Filem Pengabdi Setan arahan Sisworo Gautama Putra pada era 1980-an antara filem seram yang mendapat sambutan hebat dan masih diingati peminat di Indonesia hingga hari ini.

Selepas sekian lama, Pengabdi Setan kembali dengan ‘remake’ hasil sentuhan pengarah terkenal Joko Anwar khusus untuk penggemar genre seram di Indonesia dan Malaysia.

Sejak ditayangka­n di seluruh Indonesia sejak 28 September lalu, filem ini mencatat kutipan RM4.2 juta.

Joko ketika ditemui berkata, dia membesar dengan filem seram klasik Indonesia dan Pengabdi Setan antara filem kegemarann­ya.

“Jadi, saya tidak lepaskan peluang keemasan daripada produser Rapi Films untuk mengarahka­n filem ini selepas 10 tahun menanti,” katanya.

Ditanya persamaan dengan naskhah asalnya, Joko berkata, dia mengekalka­n 15 peratus dari versi klasik Pengabdi Setan.

“Filem ini juga berlatarka­n era 1980-an dan saya juga banyak dipengaruh­i filem era itu di Indonesia dan Hollywood.

“Pihak kami juga mengambil tempoh berbulan-bulan mencari rumah yang sesuai untuk lokasi penggambar­an filem ini.

“Akhirnya, kami menjumpai sebuah rumah lama pada zaman penjajah Belanda yang tidak dihuni sejak 20 tahun lalu. Kami terkejut kerana segala yang diperlukan dalam filem ini ada dalam rumah lama itu termasuk perigi,” katanya.

Filem ini menampilka­n barisan pelakon seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Fachri Albar, Ayu Laksmi, Egy Fad, Endy Arfian, Nasar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak seram dalam filem ini.
ANTARA babak seram dalam filem ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia