Harian Metro

Musuhi rakan lebih berjaya

-

Apalah nak jadi dengan artis jelita ini yang nampaknya penuh dengan hasad dengki terhadap orang lain.

Padahal, individu itu tidak pernah buat silap pun dengannya.

Terkejut SS mendengar berita daripada satu sumber ini yang mengatakan artis berkenaan melayan seorang artis lain begitu dingin sekali.

Masalahnya, artis yang dilayan dingin itu tidak pernah pun ada sebarang salah terhadapny­a. Tapi yang peliknya artis jelita itu menunjukka­n depandepan dia tidak sukakan rakan artisnya itu

Khabarnya, artis itu bersikap demikian apabila cemburu melihat kejayaan rakan artis lain termasuk artis terbabit.

Jadi, siapa saja yang lebih menyerlah dan berjaya berbanding­nya adalah musuh di matanya.

Disebabkan rasa cemburu, sampai begitu sekali dia melayan artis apabila seboleh-bolehnya dia akan membuatkan artis lain tunduk kepadanya.

Entah apa niatnya tetapi jelas dia tidak boleh menerima kekalahan.

Maklumlah, selama ini dia sendiri tidak lekang dengan pujian saja. Mungkin berasa dirinya sangat besar dan tiada artis lain boleh menandingi kehebatann­ya.

Nampak sangat dia tidak pernah berpuas hati dengan apa dimilikiny­a sekarang. Apa yang orang lain miliki, dia pun nak milikinya juga. Tak faham!

SS: Bila sudah jatuh suatu hari ini, rasalah apa itu langit dan bumi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia