Harian Metro

‘Ini hadiah untuk bapa, abang saya’

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Siswi di UMS bertongkat akibat barah berjaya genggam ijazah

Meskipun lebih 12 tahun berperang dengan kanser tulang, graduan ini tetap cekal dan bertongkat naik ke pentas menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesye­n ke-19 Universiti Malaysia Sabah (UMS), semalam.

Rohany Gaby, 25, terpaksa bertongkat dan menggunaka­n alat bantu jalan untuk bergerak sepanjang menuntut di UMS sehingga berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah).

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, keazamanny­a menempa kejayaan termasuk menggengga­m segulung ijazah kerana menyampaik­an hasrat mendiang bapanya, Gabi Dakim yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 2006.

“Hasrat ini juga untuk melaksanak­an impian mendiang abang sulung saya yang terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping membuktika­n kepada semua orang tidak semestinya orang sakit tidak boleh berjaya.

“Jika sesetengah orang berfikir sakit dan terus berputus asa namun tidak bagi saya. Apa yang saya alami menjadi pembakar semangat dan saya fokus untuk menamatkan pengajian walaupun kadangkala terpaksa tidak menduduki peperiksaa­n kerana keadaan kesihatan tidak mengizinka­n,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesye­n berkenaan.

Kata Rohany, walaupun kini dia disahkan bebas daripada kanser tahap empat sejak 2013, kesan sampingan rawatan masih terasa.

“Kini saya masih memerlukan alat bantuan untuk bergerak serta perlukan rehat selama lima bulan selepas menjalani rawatan pembedahan tulang paha pada September lalu.

“Namun semangat hadir apabila ibu serta adik-beradik tidak jemu memberi galakan dan dorongan. Selain itu, pensyarah dan penyelia saya di UMS banyak membantu dan pihak universiti turut menyediaka­n van selain bantuan kebajikan RM300 sebulan,” katanya.

Rohany berkata, dia akan terus berusaha merawat kansernya dan berharap cita-cita menjadi pakar motivasi serta membantu menyara keluarga terutama ibunya hanya suri rumah, Sumpngoi Datik, 60, tercapai.

“Ibu banyak mendorong dan bersama-sama saya menempuh dugaan menghadapi kanser sejak 2004. Ketika itu saya berusia 15 tahun selepas dimaklumka­n jangkitan kanser merebak ke paru-paru serta dikesan ada lima sel kanser,” katanya.

 ??  ?? ROHANY pada Majlis Konvokesye­n ke-19 UMS, semalam.
ROHANY pada Majlis Konvokesye­n ke-19 UMS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia