Harian Metro

Berkat kongsi ilmu dengan rakan

-

“Saya banyak merujuk kepada pensyarah selain banyak bertanya dalam kelas. Selain itu, saya juga banyak berkongsi ilmu yang ada bersama rakan sekelas lain,” kata Emelea Hanis Mat Ezam, 21, penerima Anugerah CEO Majlis Konvokesye­n Admal Aviation College (ADMAL) keempat di sini, semalam.

Graduan Diploma Perniagaan Penerbanga­n itu bersyukur di atas penganuger­ahan berkenaan dan menganggap kejayaan tidak datang bergolek kerana ia memerlukan dedikasi dan komitmen tinggi terhadap pengajiann­ya sejak tiga tahun lalu.

“Selepas ini, saya merancang menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Kuala Lumpur-Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) selain memasang cita-cita bergelar pensyarah suatu hari nanti,” kata anak kedua daripada tiga beradik berasal dari Jasin, Melaka itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ADMAL Abdul Malek Packeer berkata, pihaknya kini mampu berbangga apabila lebih 80 peratus graduan kolej itu berjaya mendapatka­n tempat di pasaran kerja setiap tahun terutama dalam bidang penerbanga­n dan selenggara pesawat.

Sebagai sebuah daripada enam kolej yang mendapat kelulusan Jabatan Penerbanga­n Awam

(DCA) di negara ini, ADMAL kini penyumbang terbesar kepada pasaran kerja dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata, program yang dikendalik­an ADMAL seperti Diploma Teknologi Kejurutera­an dalam Penyelengg­ara Avionik dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Diploma Teknologi Kejurutera­an dalam Penyelengg­araan Pesawat, Diploma Perniagaan Penerbanga­n dan Sijil Juruteknik Pembuatan Pesawat direka supaya dapat memenuhi pasaran kerja.

 ??  ?? EMELEA Hanis bersama ibu dan ayahnya pada Majlis Konvokesye­n Admal Aviation College 2017 di Hotel Everly.
EMELEA Hanis bersama ibu dan ayahnya pada Majlis Konvokesye­n Admal Aviation College 2017 di Hotel Everly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia